Oleh pada 27 Jul 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Suhan Movies & Trading

'Cik Ayu Mee Sanggul' merupakan sebuah drama rantaian Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) yang bakal menggantikan siri Love Elsa di slot Megadrama, saluran Astro Ria.

Siri produksi Suhan Movies & Trading ini dikemudi oleh dua pelakon utama iaitu Amelia Henderson dan Aqasha.

cik ayu mee sanggul sinopsis

Kredit foto: Instagram @mak_popo

Sinopsis

Demi bergelar ibu kepada seorang kanak-kanak penghidap Mayor Talasemia, Uwais, seorang janda muda bernama Ayu (Amelia Henderson) sanggup berkahwin dengan bapanya, Akhtar (Aqasha) tanpa perasaan cinta.

Ayu yang menjalankan perniagaan popular, Mee Sanggul di ibu kota, juga adalah pewaris kepada harta kekayaan yang ditinggalkan bekas suaminya, Tuan Baharom yang sudah meninggal dunia.

Pertemuan Ayu dengan Akhtar berlaku secara tidak sengaja selepas Ayu terlanggar Uwais di jalan raya.

Asalnya Akhtar yang bekerja di pelantar minyak di Sarawak, memandang rendah pada status Ayu kerana menganggap wanita itu hanyalah seorang 'pisau cukur'.

Ayu sanggup berkorban untuk diperisterikan Akhtar demi menunaikan hasrat Uwais yang ingin menjadikannya sebagai ibu.

Akhtar menolak lamaran Ayu, begitupun akhirnya terpaksa jua berkongsi hidup kerana bimbangkan kesihatan Uwais.

Di hadapan Uwais, Akhtar berpura-pura menyayangi Ayu dan kononnya berbahagia.

Sampai bilakah 'lakonan' mereka akan berakhir dan adakah Akhtar akan menerima Ayu sebagai isteri selepas kisah pahit cinta lampaunya.

Watak Pelakon

Aqasha sebagai Akhtar

Amelia Henderson sebagai Ayu

Iman Zulkarnain sebagai Rizman

Shiqin Kamal sebagai Mastura

Nabil Aqil sebagai Azmer

Fimie Don sebagai Joe

Asha Merican sebagai Icha

Izzendra sebagai Zaza

Natasha Hamzah sebagai Wanmila

Cat Farish sebagai Hamzah

Aznah Hamid sebagai Wan Aminah

Mahmud Ali Bashah sebagai Razak

cik ayu mee sanggul novel

Kredit foto: Instagram @mak_popo

Pelakon / Cast

Menampilkan gabungan para pelakon terkenal antaranya Aqasha, Amelia Henderson, Iman Zulkarnain, Shiqin Kamal, Nabil Aqil (Hero Remaja), Fimie Don, Asha Merican, Rosyam Nor, Dynas Mokhtar, Izzendra, Natasha Hamzah, Cat Farish, Wan Raja, Aznah Hamid dan Mahmud Ali Bashah.

   

Baca: Biodata Aqasha

Baca: Biodata Amelia Henderson

Baca: Biodata Iman Zulkarnain

Baca: Biodata Shiqin Kamal

Baca: Biodata Nabil Aqil (Hero Remaja)

Baca: Biodata Fimie Don

Baca: Biodata Rosyam Nor

Baca: Biodata Natasha Hamzah

cik ayu mee sanggul episod

Kredit foto: Instagram @mak_popo

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sentuhan Idora Abdul Rahman yang memegang peranan sebagai pengarah dalam karya produksi Suhan Movies & Trading yang penulisan skripnya dilaksanakan oleh Nieza Nahar.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: NEETA & RADITYO - JODOH (OFFICIAL MTV)

Tajuk: Jodoh

Penyanyi: Neeta & Radityo

Komposer: Becky Zulkepli

Penulis lirik: Becky Zulkepli

Kredit video: Najwa Latif - Tak Kisah Pun ft. Akwa Arifin (Official Music Video)

Tajuk: Tak Kisah Pun

Penyanyi: Najwa Latif ft. Akwa Arifin 

Komposer: Ell Gee

Penulis lirik: Ell Gee & Akwa Arifin

   

cik ayu mee sanggul drama

Kredit foto: Instagram Ruthlee Adam

Waktu Siaran

Terbaharu di slot Megadrama, Astro Ria (saluran 104) mulai 27 Julai 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam untuk tayangan selama 16 episod.

Juga berada dalam kandungan aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Saga (Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Celup (Astro Ria & Gempak)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Siapa Jaga Mak (Slot Tiara Astro)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pretty Little Liars Indonesia (Astro Citra)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Hutang 2D (Astro First)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Mat Bond Malaya (2021) Astro First

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wifi Sebelah Rumah (Disney+ Hotstar)

   

Kredit video: [EPISOD PENUH] Cik Ayu Mee Sanggul - Episod 1

   

Kredit video: [PROMO] CIK AYU MEE SANGGUL - Bermula 27 Julai 2021 di Astro Ria

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Astro Beri Drama Berganda-Ganda Buat Penonton Setia, Paling Penting Tak Klise




Hakcipta iluminasi.com (2017)