Kredit foto: Instagram Nabil Aqil

    

Muhammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin atau nama popularnya, Nabil Aqil merupakan seorang pelakon dan model lelaki yang dilahirkan daripada pertandingan Hero Remaja 2017.

Beliau dikenali menerusi drama lakonannya dalam Papa Ricky (2017), Degup Cinta (2018) dan Mr. Grey (2018).

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muhammad Nabil Aqil bin Muhammad Salehuddin. Menggunakan nama komersial, Nabil Aqil.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 2 Ogos 1998. Kini berumur 21 tahun (2019).

3. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.

4. Merupakan pelakon dan model yang mencipta nama dalam dunia hiburan sejak tahun 2014.

5. Bakatnya dicungkil daripada program Hero Remaja 2017 seangkatan dengan pelakon Alif Muhaimin, Harris Annuar, Ikmal Amry, Safwan Nazri dan Farhan Asri.

6. Pembabitannya dalam bidang lakonan menerusi drama Papa Ricky, Degup Cinta dan Mr. Grey, termasuk telefilem Striker Hati Ayah.

7. Menggunakan laman sosial Instagram atas nama @kidkylo yang sehingga kini sudah mengumpul lebih 180,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Berketinggian 1.85 meter.
  • Anak saudara kepada pelakon Syafiq Kyle.
  • Pernah aktif sebagai atlet olahraga dan ragbi di peringkat sekolah.
  • Adiknya, Imran Aqil merupakan antara calon sesi ujibakat Hero Remaja musim 2020.

         

Baca: 10 Fakta Pelakon Imran Aqil Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dahlia Rizal, Isteri Kepada Pelakon Imran Aqil

Baca: 8 Fakta Pelakon Nabil Aqil Yang Ramai Tak Tahu!

     

Foto

nabil aqil

nabil aqil biodata

nabil aqil syafiq kyle

biodata imran aqil

nabil aqil drama

wikipedia nabil aqil

nabil aqil ig

nabil aqil tinggi

imran aqil

nabil aqil twitter

nabil aqil profile

Kredit foto: Instagram Nabil Aqil

    

Video

Kredit video: Casting Hero Remaja 2017 - Nabil Aqil Macam Klon Fattah Amin?

    

Sumber:

1. Wikipedia Nabil Aqil

2. Nabil Aqil, 19 – Finalis Pencarian Hero Remaja 2017

3. 10 Perkara Tentang Nabil Aqil, Finalis Hero Remaja Yang Membintangi Drama Mr Grey

4. 'Uncle Syafiq yang ajar'

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)