Biodata

1. Nama lengkapnya, Amelia Thripura Henderson. Popular menerusi nama Amelia Thripura Henderson.

2. Lahir pada 20 Oktober 1995 di Ampang, Selangor, Malaysia. Kini berusia 24 tahun (2019).

3. Merupakan pelakon, hos televisyen dan model.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006.

5. Berdarah kacukan India dan Scotland.

6. Anak kepada pasangan Jaya Rudralingam (ibu) dan Graham L. Henderson (bapa). Ibunya yang berketurunan India dan Sri Lanka merupakan seorang doktor gigi, manakala bapanya yang daripada keturunan Scotland bekerja sebagai arkitek.

7. Anak sulung daripada dua beradik. Adiknya bernama Alexander Rudrakeith Henderson.

8. Amelia kini sudahpun memeluk Islam menggunakan nama Datin Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah.

9. Pada 14 Ogos 2015, beliau mendirikan rumah tangga dengan Tunku Dato' Harrunnarrassheed Putra yang juga merupakan anak kepada Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tunku Tan Sri Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Sir Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna. Perkongsian hidup itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila mereka akhirnya memilih untuk berpisah pada 2018.

10. Pembabitannya dalam dunia seni bermula ketika berumur setahun apabila terpilih menjadi model iklan Mothercare.

11. Sukakan tarian balet di mana beliau menjuarai Kategori 3 program Cecchetti International Summer School yang berlangsung di Melbourne, Australia.

12. Amelia yang fasih berbahasa Inggeris dengan slanga British dan Amerika di zaman kanak-kanaknya telah berjaya menempatkan diri di dunia perfileman Amerika Syarikat apabila terpilih menjadi pelakon suara untuk filem animasi terkenal, Barbie In A Christmas Carol.

13. Selain itu, beliau turut membintangi filem tempatan seperti Talentime, Barbie and the Three Musketeers, Sing Along With Barbie, Pisau Cukur, Seefood, War of the Worlds: Goliath dan Ribbit (alih suara).

14. Termasuk drama Keluarga Adam, Kasut Tumit Tinggi, Keluarga Pontimau, Oh My English!: After School, Pengantin 100 Hari, Jangan Benci Cintaku dan Cinta Non Grata.

15. Tidak ketinggalan, telefilem Anak Mat Salleh Tapi Melayu, Renjana, DM Hati Awak, 30 Hari Membunuh Cinta dan Nadi Luna.

   

Baca: 10 Fakta Pelakon Amelia Henderson Yang Ramai Tak Tahu!

   

Foto

biodata dan latar belakang pelakon amelia 2

biodata dan latar belakang pelakon amelia 3

biodata dan latar belakang pelakon amelia 4

biodata dan latar belakang pelakon amelia 5

biodata dan latar belakang pelakon amelia 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. EH!

4. Instagram Amelia Henderson

5. Youtube Mstar Online Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)