Kredit foto: Instagram Natasha Hamzah

   

Siapa Natasha Hamzah? Nornatasha Hamzah atau nama popularnya, Natasha Hamzah merupakan antara pelakon yang membintangi drama bersiri TV3 terbaharu berjudul 'Hello, Jangan Tapau Cintaku'.

Siaran slot Lestary itu antara lain menampilkan pelakon Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Syerinie Myra, Ikhwan Khairudin, Eyka Farhana, Cahaya Nilam, Raden Zaharatul, Sefik Khair, Mieza Edora dan ramai lagi.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama penuhnya, Nornatasha binti Hamzah.
  • Menggunakan nama komersial, Natasha Hamzah.
  • Berumur 27 tahun (2020).
  • Kelahiran 11 Ogos 1993.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon, pelawak dan penyanyi sejak tahun 2018.
  • Bakatnya dicungkil daripada rancangan pencarian bakat komedi, Gegar Lawak 2018 siaran Astro Warna, walaupun hanya mampu bertahan setakat minggu ketiga.
  • Antara lain, beliau menyerlahkan bakat dalam pertandingan Miss Lawak 2019 yang juga bersiaran di Astro Warna - sekali lagi tersingkir awal.
  • Antara drama dibintanginya seperti Di Sisimu Aku, Setiaku Di Sini dan Hello Jangan Tapau Cintaku, termasuk telefilem Ustaz Evo The Movie.
  • Muncul dengan single pertama berjudul Rahasia yang mengetengahkan konsep balada rock, ciptaan komposer Intan Shaharuddin, manakala lirik nukilan Juhana Asri dan Zamzoy.
  • Menggunakan akaun Instagram atas nama @natasha_hamzah yang sehingga kini menghimpunkan lebih 31,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Lebih mesra disapa Tasya.
  • Anak bongsu daripada 10 orang adik-beradik.
  • Adik kepada pelawak terkenal, Achey (Bocey).
  • Pernah berkhidmat sebagai kerani akaun di sebuah firma kewangan yang terletak di Labis, Johor.
  • Pernah menyertai ujibakat program realiti Akademi Fantasia dan Mentor, namun gagal terpilih kerana berdepan masalah gemuruh.
  • Lebih meminati bidang nyanyian berbanding lakonan dan komedi.
  • Tidak gemar 'melawak' , sebaliknya kecenderungannya menjurus ke arah ‘stand up comedy’.
  • Meminati lagu-lagu nyanyian Shima dan Ara Johari.
  • 'Rahasia' dendangannya mengangkat kisah tentang pasangan atau suami isteri yang sedang dalam usaha untuk mempertahankan perhubungan.
  • Menerusi muzik video lagu berkenaan, beliau beraksi dengan menggunakan bahasa isyarat.
  • Pernah merahsiakan identitinya sebagai adik kepada pelawak Achey ketika menyertai sesi ujibakat Gegar Lawak.
  • Ingin dikenali atas bakat yang dimiliki, tanpa dipengaruhi populariti abang.

   

Baca: Biodata Achey Bocey

   

Foto

natasha hamzah umur

hello jangan tapau cintaku

natasha hamzah adik achey

pelakon hello jangan tapau cintaku

natasha hamzah

achey

adik achey

natasha hamzah instagram

natasha hamzah profile

adik achey bocey

Kredit foto: Instagram Natasha Hamzah

   

Video

Kredit video: RAHASIA (Lirik Video) - Natasha Hamzah

   

Sumber:

1. Melawak buka jalan

2. Adik Achey berentap dalam Gegar Lawak

3. “Memang Rahsiakan, Tak Sangka Orang Tahu” - Tasha Tidak Mahu Dikenali Kerana Achey

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)