Oleh pada 23 Mar 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

'Rindu Awak Separuh Nyawa' adaptasi novel karya Siti Rosmizah merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021 yang menggandingkan pelakon Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose.

Siri yang mengetengahkan genre romantik ini bakal menemui penonton slot MegaDrama, Astro Ria mulai 23 Mac 2021.

sinopsis rindu awak separuh nyawa

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Sinopsis

Kasih Maisara (Uqasha Senrose) yang merupakan anak tunggal dalam keluarga berada adalah seorang yang angkuh dan menyimpan dendam terhadap bapanya, Datuk Raqib (Khairil Anwar Aman) atas kematian ibunya.

Anak kawan rapat orang tuanya, Aidil (Fizo Omar) pula dijadikannya sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendam.

Lebih perit apabila Kasih Maisara berlakon kononnya mencintai Aidil, namun memutuskan perhubungan mereka ketika hari pertunangan berlangsung.

Maisara kemudian bertemu dengan Nazril Nazim (Shukri Yahaya), seorang lelaki budiman dan pemalu yang digelar ramai sebagai 'Pak Ustaz'.

Namun pertemuan mereka berakhir dengan 'perang mulut' hingga mencabar keegoan tinggi Kasih Maisara.

Apatah lagi, Salina yang merupakan musuh ketat Kasih Maisara, mencabar wanita itu untuk membeli jiwa Nazri Nazim sekaligus bergelar isterinya.

Maisara lantas mengatur pelbagai strategi untuk memikat hati Nazril, namun tiada satupun umpannya yang mengena, sehinggalah suatu hari Kasih Maisara berjaya menyelamatkan Nazril Nazim dari kemalangan hinggakan dirinya pula yang ditimpa kecelakaan.

Kesan kemalangan itu, Kasih Maisara tidak dapat mengandung. Ia melembutkan hati Nazril Nazim yang terhutang budi untuk memperisterikannya.

Jiwa Nazril Nazim ikhlas untuk menjayakan rumah tangga yang dibina, sedang di luar pengetahuannya Kasih Maisarah hanyalah sekadar berpura-pura.

novel rindu awak separuh nyawa

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

     

Pelakon

Dibintangi Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose sebagai teraju utama.

Antara lain menampilkan Fizo Omar, Norreen Iman, Fiza Thomas, Fareez Fauzi, Marsha Milan, Balkisyh Semundur Khan, Noorkhiriah, Ikhlas Jalil, Aleza Shadan, Fauzi Nawawi, Farez Ridzwan, Silfeny Osman, Puteri Rafasya, Aida Khalida, Farouk Hussain, Munira Iwan dan Khairil Anwar Aman.

Baca: Biodata Shukri Yahaya

Baca: Biodata Uqasha Senrose

Baca: Biodata Fizo Omar

Baca: Biodata Fiza Thomas

Baca: Biodata Fareez Fauzi

Baca: Biodata Balkisyh Semundur Khan

Baca: Biodata Noorkhiriah

Baca: Biodata Ikhlas Jalil

Baca: Biodata Norreen Iman

   

drama rindu awak separuh nyawa

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah lagi karya daripada produksi SR One Sdn Bhd sentuhan pengarah Along Kamaludin.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Naqiu, Vanessa Reynauld - Rindu Separuh Nyawa | OST "Rindu Awak Separuh Nyawa"

     

Tajuk: Rindu Separuh Nyawa

Penyanyi: Naqiu (Boboy) & Vanessa Reynauld

Komposer: Naqiu, Wit & Mohsen

Penulis lirik: Siti Rosmizah

rindu awak separuh nyawa episod

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

    

Waktu Siaran

Bermula 23 Mac 2021, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria menerusi slot Megadrama. Tayangan selama 40 episod.

Kredit video: [Tayangan Perdana] Rindu Awak Separuh Nyawa

      

Sumber:

1. "Rindu Awak Separuh Nyawa" taruhan terbaik Siti Rosmizah

2. "Dia Kelakar & Easy Going" - Uqasha Senrose Seronok Bekerja Dengan Shukri Yahaya

3. Astro Gempak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)