Oleh pada 05 Aug 2021 kategori

  

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Hutang 2D merupakan sebuah filem Malaysia 2021 yang membawakan genre aksi komedi sebagai tema.

Ditayangkan mulai 5 Ogos 2021, antara pelakon yang terlibat termasuk Ayie Elham, Baby Shima, Eric Fuzi, Coki (Danish Danieal) dan Wafiy Ilhan.

hutang 2d movie

Kredit foto: Instagram Hutang 2D

Sinopsis  

Bertemakan komedi, aksi dan fantasi, filem yang mengangkat unsur komik digital ini membawa penceritaan tentang seorang pemuda bernama Ayie (Ayie Elham) yang merupakan pelukis webtoon.

Ayie yang juga seorang penganggur, gemar berangan dan dalam masa yang sama bersifat pengecut.

Dia mengalami depresi selepas kematian ibunya, lalu menjadikan hobi melukis webtoon sebagai cita-cita, di samping medium untuk mengekpresikan apa yang terpendam di hati.

Hubungan Ayie dan bapanya, Pak Jie (Ropie) tidak begitu baik kerana bakat melukis Ayie yang sering sahaja dipandang rendah oleh orang tua itu.

   

Ia terus-terusan menjadikan Ayie seorang remaja yang tiada keyakinan diri dan diselubungi rasa sedih.

Ayie dalam masa sama menyimpan perasaan terhadap jirannya yang cantik bernama Shima (Baby Shima).

Kehidupan Ayie semakin tertekan dek sikap ayahnya yang gemar berhutang hingga menjadikan keluarga mereka diburu dua orang penjahat, Han (Black) dan Kit (Wafiy Ilhan). Apabila ayahnya diserang di rumah, Ayie hanya mampu menyorok kerana ketakutan.

Namun pada suatu hari, kehidupan Ayie mula berubah selepas didatangi seorang lelaki misteri bernama Gua Mambang (Altimet) yang menghadiahkannya sebuah ‘tablet’.

Tablet ajaib itu mampu menjadikan setiap lukisan Ayie muncul ke dunia nyata.

Ayie memanfaatkan keajaiban itu untuk mencipta rakan-rakan baru yang mempunyai kuasa ‘superhero’ bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapinya.

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Mat Bond Malaya (2021) Astro First

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut (Astro First)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Antaramasa (Astro First)

   

sinopsis hutang 2d

Kredit foto: Instagram Hutang 2D

Pelakon / Cast

Menggandingkan bintang remaja terkenal, antaranya Ayie Elham, Baby Shima, Eric Fuzi, Coki (Danish Danieal), Wafiy Ilhan (Wafiy Aan), Falique Ghazali, Amir Floor88, Akram Kadir dan Achoi Floor88.

Lain-lain pelakon yang terlibat termasuk Ropie, Black Hanifah, Altimet dan Fauziah Ahmad Daud (Ogy).

Baca: Biodata Ayie Elham

Baca: Biodata Baby Shima

Baca: Biodata Eric Fuzi

Baca: Biodata Coki (Danish Daniel)

Baca: Biodata Wafiy Ilhan (Wafiy Aan)

Baca: Biodata Kumpulan Floor88

Baca: Biodata Black Hanifah

Baca: Biodata Altimet

Watak Pelakon

Ayie Elham sebagai Ayie

Baby Shima sebagai Shima

Wafiy Ilhan sebagai Kid

Coki TikTok sebagai Aiman

Eric Fuzi sebagai Eric

Falique Ghazali sebagai Falique

Amirul Afeeq sebagai Amir

Akram Kadir sebagai Akram

Zai Hamzah sebagai Acoi

Ropie sebagai Pak Jie

Black Hanifah sebagai Han

Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Ima

Altimet sebagai Gua Mambang

filem hutang 2d

Kredit foto: Instagram Hutang 2D

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan bersama Irwan Rauf dan Eric Fuzi ini direalisasikan oleh syarikat produksi Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Floor 88 - Hutang [Official Music Video]

Tajuk : Hutang

Penyanyi : Floor 88

Komposer : Zai Hamzah

Penulis lirik : Achoi Floor 88

Kredit video: Floor 88 - Ku Ingin (OST Hutang2D)

Tajuk : Ku Ingin

Penyanyi : Floor 88

Komposer : Falikh Ghazali

Penulis lirik : Falikh Ghazali, Achoi

   

pelakon hutang 2d

Kredit foto: Instagram Hutang 2D

Tarikh Tayangan

Tonton 'Hutang 2D' yang bakal dibawakan terus ke Pawagam Rumah Anda, saluran Astro First mulai 5 Ogos 2021.

Filem berdurasi 95 minit ini boleh dilanggan dengan caj harga RM15 untuk tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ia juga boleh ditonton di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

hutang 2d cast

Kredit foto: Instagram Hutang 2D

Cara Langgan / Beli Astro First

Pilih filem yang ingin disewa di saluran 480 dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan.

Kemudian kirimkan kod langganan yang tertera di kaca TV menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi Whatsapp.

Kredit video: HUTANG 2D - OFFICIAL TRAILER [HD]

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Filem HUTANG 2D, Fakta Menarik Tentang Filem Pertama Floor88




Hakcipta iluminasi.com (2017)