Oleh pada 29 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Zul Ariffin

'Wifi Sebelah Rumah' merupakan sebuah siri drama Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) yang menggandingkan pelakon Zul Ariffin dan Ruhainies.

Siri di bawah jenama 'Disney Plus Hotstar Original' ini menemui peminat drama melayu mulai 25 Jun 2021.

sinopsis wifi sebelah rumah

Kredit foto: Instagram Ruhainies

Sinopsis

Ghaz (Zul Ariffin) sering mengunjungi Cafe Q semata-mata untuk menggunakan Wi-Fi di sana.

Suatu hari dia telah terserempak dengan jirannya, Mira (Ruhainies) di kafe berkenaan.

Mira bermurah hati berkongsi kata laluan Wi-Fi rumahnya dengan Ghaz.

Perhubungan mereka menjadi lebih rapat selepas Mira menjadi rakan sekerja Ghaz.

    

Namun, percubaan Ghaz untuk mendekati Mira terhalang apabila menyedari wanita itu bakal dijodohkan dengan rakannya, Fizi (Keith Foo) yang menjadi pilihan bapa Mira.

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Wifi Sebelah Rumah Yang Ramai Tak Tahu!

wifi sebelah rumah episod

Kredit foto: Instagram Ruhainies

Pelakon / Cast

Diterajui Zul Ariffin dan Ruhainies.

Lain-lain pelakon yang terlibat termasuk Nurin Afiqah, Fadlan Hazim, Asha Zainul, Anna Melissa, Ziana Zain, Ridzuan Hashim, Keith Foo, Fazlina Ahmad Daud dan Faisal Chal Ahmad.

Baca: Biodata Zul Ariffin

Baca: Biodata Ruhainies

Baca: Biodata Nurin Afiqah

Baca: Biodata Fadlan Hazim

Baca: Biodata Asha Zainul

pelakon wifi sebelah rumah

Kredit foto: Instagram Fadlan Hazim

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Garapan pengarah Suhaimi Zulkifli, terbitan daripada produksi OrangeTree Production Sdn Bhd.

Penulis skrip - Amin Shakib, Azril Hamzah.

Lagu Tema (OST)

Kredit  video: Bunga & Amzar - 300 saat (Official Music Video)

Tajuk: 300 Saat

Penyanyi: Bunga & Amzar

Penulis: AmzarRazqa, Bunga, Mekar

drama wifi sebelah rumah

Kredit foto: Instagram Ruhainies

Waktu Siaran

Siri 16 episod ini boleh ditonton secara eksklusif di platform penstriman, Disney+ Hotstar mulai 25 Jun 2021.

Sumber:

1. Disney Plus Hotstar Malaysia

2. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)