Oleh pada 05 Jul 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pretty Little Liars versi Indonesia / Asian merupakan sebuah siri yang diadaptasi daripada drama popular Amerika Syarikat, Pretty Little Liars yang mana naskhah asalnya telah meraih 38 buah kemenangan selama 7 tahun berturut-turut di Teen Choice Awards.

Versi adaptasi yang juga diiktiraf dalam pelbagai anugerah berprestij ini, bakal bersiaran buat julung kalinya di kaca televisyen Malaysia iaitu di saluran Astro Citra bermula 5 Julai 2021.

pretty little liars

Kredit foto: Viu Malaysia

Sinopsis

Siri penuh debaran ini mengangkat kisah penuh misteri dan tanda tanya berlatarkan bandar fiksyen Amerta, Bali.

Kisah bermula apabila lima orang gadis popular di Universiti Amerta iaitu Alissa (Yuki Kato), Hanna (Anya Geraldine), Ema (Eyka Farhana), Sabrina (Valerie Thomas) dan Aira (Shindy Huang) meraikan malam graduasi di rumah Sabrina.

Isu tercetus apabila mereka bangun keesokan pagi dan mendapati ketua mereka, Alissa hilang secara misteri.

Hubungan baik mereka berempat mula goyah selepas insiden itu. Kehidupan mereka pula diganggu setahun berikutnya apabila menerima mesej daripada individu misteri yang menggelarkan diri sebagai 'A'.

Mereka berempat kini bersatu hati dalam menyelesaikan misteri kiriman mesej yang mengancam akan membocorkan rahsia gelap mereka.

Mereka asalnya menganggap 'A' adalah Alissa yang telah hilang dan sedang cuba mengusik mereka.

Namun, sangkaan itu seolah meleset apabila mayat Alissa ditemui di halaman belakang kediamannya.

pretty little liars indonesia season 2

Kredit foto: Instagram Pretty Little Liars Indonesia

Pelakon / Cast

Selain diterajui Anya Geraldine, Yuki Kato, Valerie Thomas, Shindy Huang, siri ini turut mengetengahkan bintang daripada Malaysia, Eyka Farhana yang memainkan watak Emma.

Barisan pelakon popular Indonesia yang mengisi peranan watak lain termasuk Wulan Guritno, Naufal Samudra, Giulio Perangkuan, Jennifer Coppen, Cindy Nirmala, Tegar Satrya, Tarra Budiman, Irgi Fahrezi serta ramai lagi.

Baca: Biodata Eyka Farhana

pretty little liars eyka farhana

Kredit foto: Instagram Eyka Farhana

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama daripada produksi Cinema Collectiva ini mendapat sentuhan pengarah berbakat besar Indonesia, Emil Heradi yang sebelum ini menjulang nama apabila filem arahannya, Night Bus merangkul kemenangan anugerah Filem Terbaik di Anugerah Citra 2017, Indonesia.

Antara lain, beliau juga merupakan penolong pengarah filem pecah panggung Indonesia, Habibie & Ainun serta penolong pengarah (unit kedua) filem Hollywood, Eat Pray Love.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: OST Pretty Little Liars [ Secret by Jennifer Coppen ]

Tajuk: Secret

Penyanyi: Jennifer Coppen

pretty little liars cast

Kredit foto: Viu Malaysia

Waktu Siaran

Drama ini terlebih dahulu memasuki platform penstriman, Viu pada 22 April 2020.

Kini ditayangkan di kaca televisyen buat pertama kali, bersiaran 10 episod di saluran Astro Citra (CH108) bermula 5 Julai 2021, setiap hari Rabu, jam 5 petang.

Juga boleh distrim di aplikasi Astro Go dan On Demand.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Saga (Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Celup (Astro Ria & Gempak)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Siapa Jaga Mak (Slot Tiara Astro)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cik Ayu Mee Sanggul (Slot Megadrama Astro)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Hutang 2D (Astro First)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Mat Bond Malaya (2021) Astro First

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wifi Sebelah Rumah (Disney+ Hotstar)

Kredit video: Pretty Little Liars (Viu Original) Trailer

Sumber:

1. Pretty Little Liars Versi Indonesia Kini Di Astro Citra, Eyka Farhana Antara Teraju Utama

2. Eyka makin popular di Indonesia

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)