Oleh pada 24 Aug 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

'Ali Alia' merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) yang memulakan tayangan perdana di saluran Astro Prima mulai 24 Ogos 2021.

Siri lakonan Fimie Don, Erynne Erynna, Faezah Elai, Izzy Reef dan Rusdi Ramli ini bakal menggantikan drama berepisod, Siapa Jaga Mak di slot Tiara.

ali alia drama

Kredit foto: Instagram Izzy Reef

Sinopsis

Mengangkat kisah perhubungan adik beradik kembar yang diinspirasikan daripada cerita benar berdasarkan latar masyarakat yang mempunyai kanak-kanak autisme.

   

Mengikuti kisah Ali (Fimie Don) dan Alia (Erynne Erynna) yang merupakan sepasang remaja kembar, namun Alia dilahirkan sebagai anak autistik.

Mereka dibesarkan dalam kehidupan serba mewah oleh kedua ibu bapa mereka, Amir (Rusdi Ramli) dan Mazni (Faezah Elai) yang sibuk dengan tugasan kerja masing-masing hingga Ali dan Alia berasa terabai.

Apatah lagi autisme menyebabkan Alia terbatas dalam pelbagai perkara khususnya aspek komunikasi. Mujur Ali seorang abang yang bertanggungjawab dan sanggup menjalani persekolahan secara 'homeschooling' kerana menyedari kebergantungan Alia kepadanya.

Mazni yang berjaya dalam bidang korporat tidak mampu bertahan dengan status suaminya yang sudah dua tahun gagal dalam perniagaan.

Kemuncaknya, Ali dan Alia melarikan diri dari rumah apabila mendapat tahu konflik yang menyebabkan ibu bapa mereka bakal bercerai.

Namun mereka berdepan jalan buntu apabila salah seorang diculik sebelum sempat tiba ke destinasi tujuan.

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hawa (Slot Megadrama Astro)

ali alia astro prima

Kredit foto: Instagram Fimie Don

Pelakon / Cast

Barisan pelakon hebat yang dipilih menjayakan siri TV ini termasuk Fimie Don, Erynne Erynna, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Izzy Reef, Farahdhiya, Fahrin Ahmad, Sabrina Ali, Jay Iswazir, Usop Wilcha, Kodi Rasheed, Sharifah Juairiah, Mior Hashim Manap dan Rashid Jaafar.

Baca: Biodata Fimie Don

Baca: Biodata Erynne Erynna

Baca: Biodata Faezah Elai

Baca: Biodata Izzy Reef

Baca: Biodata Jay Iswazir

Watak Pelakon

Fimie Don sebagai Ali

Erynne Erynna sebagai Alia

Faezah Elai sebagai Mazni

Rusdi Ramli sebagai Amir

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Celup (Astro Ria & Gempak)

pelakon ali alia

Kredit foto: Instagram Fimie Don

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Digarap oleh Heykal Hanifah selaku sutradara dengan turut menampilkan Shida Zali, Farhana Fauri dan Heyrissa Heykal sebagai penulis skrip.

Drama idea asal oleh Rina Khan ini direalisasikan oleh produksi Luqsar Kreatif Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Tentang Kita - Khareez x Nadeera [Official Music Video]

Tajuk: Tentang Kita

Penyanyi: Khareez Kasbulah, Nadeera Zaini

Komposer: Sharon Paul, Ajai

Penulis lirik: Bunga Cantik

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wifi Sebelah Rumah (Disney+ Hotstar)

sinopsis ali alia

Kredit foto: Instagram Fimie Don

Waktu Siaran

Memuatkan 13 episod, 'Ali Alia' yang bakal mengisi slot Tiara ke udara mulai 24 Ogos 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang di saluran Astro Prima.

Strim di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Malaysian Ghost Stories (Astro Ria)

   

ali alia episod

Kredit foto: Instagram Faezah Elai

Sumber:

1. Bambam Studios

2. Astro Gempak

3. Fuh! Hebat-Hebat Pelakon 'Ali Alia' Weh....Korang Wajib Tengok Drama Arahan Heykal Hanifah Ni!

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)