hh

Oleh pada 09 Sep 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Diadaptasi daripada karya novel yang dihasilkan oleh Nurul Syahida, Astro Ria mempersembahkan siri terbaru yang diberi judul 'Uncle Bos Mama', sebuah drama yang akan memeriahkan slot Megadrama.

        

uncle bos mama episod

Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia

         

Drama ini hadir menggantikan siri Dari Mata Turun Ke Hati, dengan barisan pelakon berbakat seperti Meerqeen, Ezzanie Jasny, Yusuf Bahrin, Syed Irfan, Duerra Mitilda, Jannah Izwandy serta bintang-bintang terkenal lainnya.

       

Sinopsis

Siri adaptasi novel romantik kekeluargaan, ‘Uncle Bos Mama’ mengisahkan tentang Fish, seorang wanita muda yang terpaksa menjadi ‘mama segera’ selepas kematian kakak angkatnya, bagi menjaga empat anak yang sentiasa menguji kesabarannya. Setiap hari, Fish berdepan pelbagai cabaran; anak-anak ini sering membuat onar, menyebabkan hidupnya tunggang-langgang. Kehidupannya turut dibelenggu masalah kewangan yang menghimpit.

Di tempat kerja, Fish tidak terlepas daripada konflik apabila dia terpaksa berhadapan dengan Josh, majikannya yang digelar ‘bos dari neraka’. Josh terkenal dengan sikap panas baran, angkuh dan suka mencari kesalahan orang. Sebagai seorang majikan yang kaya dan memiliki perniagaan yang stabil, Josh kelihatan menikmati kehidupannya yang serba teratur. Namun, di sebalik sikap tegas dan personaliti kerasnya, dia menyimpan sejarah yang membuatkannya sukar membayangkan kehidupan berkeluarga.

Sebagai pembantu peribadi, Fish menjadi sasaran kemarahan Josh, yang turut menuduhnya menipu tentang status perkahwinan dan anak-anaknya. Ketegangan semakin memuncak apabila Fish diancam saman RM1 juta oleh ibu bapa seorang pelajar yang membuli anak jagaannya. Bagaimanakah pertembungan dua dunia yang berbeza ini akan berakhir? Adakah kebencian atau takdir yang bakal menyatukan mereka?

       

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Astro Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu (Astro Warna & Sooka)

        

uncle bos mama sinopsis

Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia

       

Pelakon / Cast

Gandingan tiga nama popular, Meerqeen, Ezzanie Jasny dan Yusuf Bahrin, mengemudi watak-watak utama dalam drama ini.

        

uncle bos mama drama

Kredit foto: Instagram Alaf 21

       

Juga kombinasi bintang-bintang tempatan seperti Jannah Izwandy, Riz Amin, Wan Nor Azlin, Duerra Mitilda, Syed Irfan, Qaiszerr Eshan, Zarina Zainoordin, Sharifah Shahora, Elvina Chuah, Farid Amir dan Rasya Dean.

       

Watak Pelakon

Meerqeen sebagai Joshua (Josh)

Ezzanie Jasny sebagai Farafisha (Fish)

Yusuf Bahrin sebagai Haidir

Riz Amin sebagai Shariman

Jannah Izwandy sebagai Shaina (Nana)

Duerra Mitilda sebagai Shaila (Lala)

Syed Irfan sebagai Shairil (Aril)

Wan Nur Azlin sebagai Maznah

Elvina Chua sebagai Leona

Qaiszerr Eshan sebagai Faiq

Zarina Zainoordin sebagai Farahani

Sharifah Shahora sebagai Louisa

Farid Amir sebagai Jeremy

Rasya Dean sebagai Aliya

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sentuhan pengarah berpengalaman, Hadith Omar menjadikan drama ini sebuah karya yang dibawa ke layar oleh iFabulous Art Media & Event.

Skrip dihasilkan oleh penulis Hafiz Bakar, Bainun Waheeda, Arshad Adam, Aina Atiqah, Syakirin Supardi dan Hadith Omar.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Jelita

         

Tajuk: Jelita

Penyanyi: Scha Nuril ft. Muaz J

Komposer / Penulis lirik: Mas Dewangga, Jova Devito

        

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Drama ini, dengan jumlah siaran 24 episod, akan menghiburkan anda di Astro Ria (saluran 104) bermula 9 September 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.

        

uncle bos mama wikipedia

Kredit foto: Instagram Alaf 21

        

Penonton boleh menikmati program ini secara digital menerusi Astro Go dan Sooka, menjadikannya lebih mudah dan fleksibel diakses.

       

Tajuk cerita? Uncle Bos Mama

Berapa episod? 24 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? Saluran Astro Ria dan platform online, Astro Go serta Sooka

       

Kredit video: Megadrama Terkini Uncle Bos Mama | Trailer

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)