biodata aqasha

Kredit foto: Instagram Aqasha

    

Aqasha merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia yang pernah mencipta nama di sekitar awal era 2000-an, menerusi lagu hits, Cahaya Hati dan Embun.

Beliau pernah bernaung di bawah syarikat rakaman, Suria Records (SRC) sebaris dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, termasuk Liza Hanim dan Tomok (New Boyz).

Bagaimanapun cabang seni nyanyian dilihat tidak lagi menjadi keutamaan kerana beliau kini lebih aktif dalam lapangan seni lakonan.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Firdee Akassya bin Rosli. Dikenali umum sebagai Aqasha.

2. Lahir pada 6 Oktober 1982 di Shah Alam, Selangor.

3. Berketinggian 1.77 meter.

4. Membabitkan diri dalam arena seni sebagai penyanyi dan pelakon sejak tahun 2000.

5. Sebagai penyanyi, beliau pernah merakamkan tiga buah album studio berjudul Cahaya Hati pada 2000, Impian (2002) dan Qashanova (2011) dengan seleksi lagu-lagu hits seperti Cahaya Hati, Embun, Hadirnya Dirimu (duet bersama Anis Suraya) dan Tiada Ragu (duet bersama Amy Mastura).

6. Antara drama dibintanginya seperti Nuraisha, Dejavu di Kinabalu, Misi Laksa dan Laksam, Selafaz Cinta, Hilang Yang Kembali dan Cinta Koko Coklat.

7. Termasuk telefilem Cahaya Hati, Ohh Haram, Tersalah Cinta, Hanya NamaMu, Qaseh Venezia, Ghahim Takut Nak Azan dan banyak lagi.

8. Kemunculannya di layar lebar, antaranya menerusi filem Embun, Gangster, Man Laksa, Remp-It, Bilut dan V3 Samseng Jalanan.

9. Mendirikan rumah tangga dengan Noor Baizura Mohd Sabri pada 10 Oktober 2010. Pasangan ini dikurniakan dua orang zuriat iaitu Alehandra Ahmad, 8, dan Alaena Ayesha, 7.

    

Fakta Menarik

  • Pernah menyahut cabaran bersaing dalam pertandingan realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang turut disertai penyanyi Aishah, Liza Hanim, Lan Solo, Hazami, Elyana dan ramai lagi.
  • Drama lakonannya, Cinta Koko Coklat kini kembali menemui penonton menerusi slot Iris TV3, bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang.

   

Foto

aqasha ig

lagu aqasha

drama cinta koko coklat 259

aqasha embun

aqasha dan isteri

Kredit foto: Instagram Aqasha

   

Video

Kredit video: Gegar Vaganza Musim 4 Bersama Aqasha - Embun (Minggu 1)

   

Sumber:

1. Wikipedia Aqasha

2. Wikipedia Gegar Vaganza Musim 4

3. Keluarga Pendorong Utama Aqasha Bersaing

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)