Oleh pada 05 Aug 2021 kategori
siapa jaga mak

Kredit foto: Instagram Mediacorp Suria

  
‘Siapa Jaga Mak’ merupakan sebuah drama bersiri Singapura 2021 (bukan adaptasi novel) yang memulakan tayangan perdana di saluran Suria (Mediacorp) pada 13 Januari 2021.
  
Menemui penonton Malaysia bermula 5 Ogos 2021 di slot Tiara, saluran Astro Prima.
  
drama siapa jaga mak

Kredit foto: Instagram Mediacorp Suria

  

Sinopsis

Drama terbaik Singapura yang dinspirasikan daripada kisah benar dengan membawa kisah berkonsepkan kekeluargaan, penuh dengan emosi dan pengajaran.
  
Mengangkat penceritaan empat buah keluarga yang hadir daripada latar belakang yang berbeza, namun berdepan konflik ketika memainkan peranan menjaga ibu mereka yang sudah berusia.
  
Pelbagai masalah didepani membabitkan soal kewangan dan isu dalam kehidupan serba mencabar dan sukar ini sehingga usaha untuk berbakti kepada orang tua dilihat sukar.
  
Norliza - Kerana adik beradiknya sibuk dengan kehidupan masing-masing, Norliza terpaksa mengambil alih peranan menjaga ibunya yang sudah berumur. Dia sanggup berkorban apa sahaja termasuk menamatkan perkhidmatan pekerjaannya walaupun baru sahaja dinaikkan pangkat. Malah dia juga mengabaikan anaknya yang baru bersalin. Namun Norliza menyedari hakikat yang ibunya tidak begitu sukakannya.
  
Mariam - Dia seorang pensyarah yang tersepit dalam perbalahan kedua orang tuanya. Demi mengelak kejadian yang tidak diingini, Mariam menyimpan hasrat untuk menjaga ibunya. Dalam masa sama, Mariam berdepan konflik apabila anak-anaknya tidak menyenangi kehadiran suami barunya.
  
Hasanah - Sebagai seorang wanita berkerjaya, Hasanah mengabaikan 'love life' dalam kehidupan dan hanya mementingkan sukses yang dinikmati dalam pekerjaan. Malah dia turut mengutamakan kebaktian terhadap orang tua demi mengejar pahala sehingga melupakan kehidupan personal diri.
  
Danial - Selepas kedua ibu bapanya bercerai, remaja ini nekad menjaga kebajikan neneknya walaupun terikat dengan komitmen sebagai seorang pelajar.
  
siapa jaga mak episod

Kredit foto: Instagram Mediacorp Suria

  

Pelakon / Cast

Ditunjangi Aishah Ahmad, Suhaillah Salam, Fadilah Samsudin dan Fauziah Zie sebagai teraju utama.
  
Turut dilakonkan Hasif Nasir, Fauzah Mohd Noor, Den Sabari, Iskandar Ismail, Freda Mel, Johan Jaafar, Khairudin Samsudin, Julia Tari, Md Nik Aqimi Hashim, Narain, Natasha Mel, Mishall Kiara, Rahman Rahim, Sufian Ahmad, Nurul Akhmar dan Yaya Hamid.
  

Watak Pelakon

Aishah Ahmad sebagai Norliza
Suhaillah Salam sebagai Mariam
Fadilah Samsudin sebagai Hasanah
Hasif Nasir sebagai Danial
Fauziah Zie sebagai Rosmah
Fauzah Mohd Noor sebagai Umi
Den Sabari sebagai Adam
Iskandar Ismail sebagai Norman
Freda Mel sebagai Ani
Johan Jaafar sebagai Ramli
Khairudin Samsudin sebagai Nordin
Julia Tari sebagai Jamilah
Md Nik Aqimi Hashim sebagai Syafiq
Narain sebagai Zain
Natasha Mel sebagai Ana
Mishall Kiara sebagai Syiqin
Rahman Rahim sebagai Abah
Sufian Ahmad sebagai Hamid
Nurul Akhmar sebagai Nora
Yaya Hamid sebagai Rita
  
sinopsis siapa jaga mak

Kredit foto: Instagram Mediacorp Suria

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diterbitkan syarikat produksi Singapura, DV Studio Pte Ltd dan merupakan arahan bersama Vishali Panch (episod 1 hingga 6) dan Zulanan Ahmad (episod 7 hingga 13).
  
pelakon siapa jaga mak

Kredit foto: Instagram Mediacorp Suria

  

Waktu Siaran

Jangan ketinggalan untuk menonton ‘Siapa Jaga Mak’ yang bakal bersiaran selama 13 episod di slot Tiara mulai 5 Ogos 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima (105).
  
Juga ditawarkan menerusi aplikasi mudah alih, Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
  
   
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)