Oleh pada 11 Aug 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Mediacorp Suria

Saga merupakan judul siri drama Singapura 2015 bergenre aksi, arahan oleh sutradara Faisal Ishak.

Dibintangi oleh Aaron Aziz, Syarif Sleeq, Nadiah M Din dan Imam Shah.

saga

Kredit foto: Instagram Mediacorp Suria

Sinopsis

Merupakan sebuah drama yang mengangkat dunia sukan tempur, Seni Mempertahankan Diri Campuran atau Mixed Martial Arts (MMA).

Mengisahkan Andy (Aaron Aziz), seorang pemuda 30an yang baru keluar dari penjara.

Sepanjang ketiadaannya di rumah, adiknya, Rudy (Syarif Sleeq) merupakan individu yang bertanggungjawab menjaga ibu mereka, Mak Masni yang sedang menderita sakit.

Sejak kepulangannya, Andy banyak meluangkan masa di gelanggang tinju bagi melepaskan beban tekanan hidup yang dilalui.

Suatu hari, Andy berjaya menyelamatkan pengurus Din Cobra (Nick Mikhail) daripada tangan Farid. Din Cobra yang berasa kagum dengan kebolehan Andy, menawarkan Andy bekerja bersamanya dan sejak daripada itu, Andy semakin obses dengan dunia MMA.

Namun ianya berlaku di luar pengetahuan Mak Masni kerana Andy tidak mahu ibunya itu berasa bimbang sekaligus menjejaskan kesihatannya.

Sementara itu, Din Cobra meminta Andy supaya meneruskan legasinya. Andy menghabiskan masa setiap hari dengan berlatih untuk meningkatkan skil dan kekuatan bersandarkan harapan Din Cobra yang ingin melihat dia muncul juara dalam pertandingan MMA.

Dalam pada itu, Andy menjalinkan hubungan mesra dengan Jun (Nadiah M Din), seorang wanita yang sudah mendirikan rumah tangga, namun menolak cinta Andy kerana ingin kekal setia dengan suaminya.

Konflik kehidupan Andy bertambah rumit apabila kesihatan Mak Masni berada di tahap genting. 

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Saga 2.0 (Astro Ria)

sinopsis saga

Kredit foto: Instagram Mediacorp Suria

Pelakon / Cast

Lakonan para pelakon popular dari negara seberang Tambak, iaitu antaranya Aaron Aziz, Syarif Sleeq, Nadiah M Din, Imam Shah, Nick Mikhail, Jeff Catz, Shahrin Azhar dan Hamidah Salim.

Baca: Biodata Aaron Aziz

Baca: Biodata Imam Shah, Suami Hannah Delisha

Watak Pelakon

Aaron Aziz sebagai Andy

Syarif Sleeq sebagai Rudy

Nadiah M Din sebagai Jun

Nick Mikhail sebagai Din Cobra

Jeff Catz sebaai Ryan

Imam Shah sebagai Zack

Shahrin Azhar sebagai Dino

Hamidah Salim sebagai Mak Leha

saga astro

Kredit foto: Instagram Mediacorp Suria

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Naskhah daripada penulis skrip, Amanah Mustafi ini merupakan hasil tangan pengarah terkemuka Singapura, Faisal Ishak dan terbitan produksi MediaCorp Eaglevision.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Jiwa Juara

Penyanyi: Iskandar Ismail

Komposer: Reyza Hamizan

Penulis lirik: Reyza Hamizan

saga episod

Kredit foto: Instagram Mediacorp Suria

Waktu Siaran

Tayangan asal bermula 7 Januari 2015 di Suria (saluran TV di Singapura).

Kini drama yang keseluruhan mempunyai 4 episod ini memasuki kaca TV Malaysia buat pertama kalinya mulai 11 Ogos 2021 di saluran Astro Ria (104) pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam.

Juga terkandung di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

   

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

   

   

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Celup (Astro Ria & Gempak)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Siapa Jaga Mak (Slot Tiara Astro)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cik Ayu Mee Sanggul (Slot Megadrama Astro)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pretty Little Liars Indonesia (Astro Citra)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Hutang 2D (Astro First)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Mat Bond Malaya (2021) Astro First

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wifi Sebelah Rumah (Disney+ Hotstar)

   

Kredit video: Drama Saga (Trailer)

Sumber:

1. Mediacorp Suria

2. Bambam Studios




Hakcipta iluminasi.com (2017)