Oleh pada 20 Jul 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Mat Bond Malaya merupakan sebuah filem Malaysia 2021 bergenre aksi komedi arahan oleh pelawak Nabil Ahmad.

Filem yang ditayangkan mulai 20 Julai ini mengetengahkan pelakon Naqiu, Elizabeth Tan, Riezman Khuzaimi, Azri Iskandar dan Farid Halus sebagai bintang utama.

sinopsis mat bond malaya 777

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Sinopsis

Kisah Mat, seorang pemuda biasa yang bercita-cita tinggi ingin menjadi ejen perisik di M6.

Menerusi bantuan ibunya, dia berjaya diterima bekerja di M6, namun hanya sebagai seorang 'office boy'.

Mat kemudiannya menyimpan perasaan terhadap seorang ejen wanita jelita bernama Bondi.

Gara-gara itu, G telah mencabar Mat untuk mengambil gambar bersama Bondi, namun Mat gagal dalam pertaruhan mereka, lantas dipaksa menjadi pembantu peribadi kepada G di bahagian penyamaran identiti.

Suatu hari, Dr Ebel menyebarkan virus zombie ke serata tempat hingga turut terkena ejen-ejen di M6 termasuk Bondi.

Sebelum virus jahat itu menular ke seluruh bumi, Mat mengambil peranan mencari sendiri penawar dalam usaha menyelamatkan dunia.

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Hutang 2D (Astro First)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut (Astro First)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Antaramasa (Astro First)

   

mat bond malaya movie 994

Kredit foto: Instagram Aloy Paradoks

   

Pelakon / Cast

Mempertaruhkan gandingan selebriti ternama seperti Naqiu (Boboy), Elizabeth Tan, Riezman Khuzaimi, Azri Iskandar dan Farid Halus (Farid Azmeir), selain turut menampilkan Amyza Aznan, Reza Hasbi dan Aloy Paradoks.

Dimeriahkan kemunculan istimewa ramai cameo, antaranya Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Ramli MS, Syafiq Kyle, Han Byul, Datuk Yusof Haslam, Didie Alias dan Ning Baizura, termasuk penampilan empat pengarah terkemuka - Aziz M Osman, Mamat Khalid, Michael Ang dan Ghaz Abu Bakar.

Baca: Biodata Naqiu

Baca: Biodata Elizabeth Tan

Baca: Biodata Reza Hasbi

Baca: Biodata Datuk Seri Aliff Syukri

Baca: Biodata Datuk Ramli MS

Baca: Biodata Syafiq Kyle

Baca: Biodata Han Byul

mat bond malaya 2021 538

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Filem sulung sentuhan Nabil Ahmad daripada sudut pengarahan, lakon layar dan penulisan skrip.

Diterbitkan oleh KMN Production.

mat bond malaya cast

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Tarikh Tayangan

Filem berdurasi 88 minit ini sedia untuk dilanggan menerusi Pawagam Rumah Anda, saluran Astro First mulai 20 Julai 2021 dan boleh juga distrim di aplikasi Astro Go atau platform On Demand.

Dengan harga RM15, anda akan menikmati tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Cara Langgan / Beli Astro First

Untuk melanggan sila ke saluran 480. Pilih filem ini dan ikuti langkah-langkah mudah yang diutarakan di skrin TV.

Hantarkan kod langganan yang diberikan dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi Whatsapp.

Kredit video: MAT BOND MALAYA - OFFICIAL TRAILER [HD]

Sumber:

1. Nabil Ahmad 'Sandingkan' Naqiu & Elizabeth Tan Dalam Mat Bond Malaya! Lain Macam Eh

2. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)