Mengenai iluminasi.com


Iluminasi di sini bukanlah bererti Ahli Kitab, penyokong tegar tokoh falsafah yunani mahupun greek, bahkan Pro-Freemason itu jauh sekali. Iluminasi di sini membawa maksud menerangi dan pancaran yang baik. Laman ini ditubuhkan dengan harapan dapat memberi sinar baru kepada Malaysia tidak kiralah dari segi moral, sosial mahupun edukasi. Dengan tertubuhnya Iluminasi.com ini, kami berharap rakyat Malaysia dapat hidup bersatu-padu, berbudaya maju, berdisiplin tinggi dan mampu menandingi kemajuan masyarakat Jepun.

Dalam bahasa Indonesia, Iluminasi membawa erti penerangan intelek, jiwa atau batin yang biasa digambarkan sebagai sebuah cahaya yang datang. Dan bagi anda yang tidak tahu, seni hiasan di dalam Al-Quran juga digelar sebagai Iluminasi.

Sekiranya ada bacaan ataupun artikel yang bermanfaat untuk anda, kami sangat mengalu-ngalukan bantuan anda untuk berkongsi artikel kami di laman sosial anda. Laman ini baru sahaja dimajukan sejak Februari 2017 walaupun domain (iluminasi.com) ini sudah dibeli lebih 2 tahun. Kami berharap, artikel-artikel di laman ini dapat memberi inspirasi dan manfaat yang banyak kepada anda semua dan juga kepada masyarakat awam.

Ikuti laman facebook Iluminasi FB Iluminasi
Ikuti tweet terbaru Iluminasi Twiter Iluminasi



Hakcipta iluminasi.com (2017)