Oleh pada 29 Nov 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  
Jangan Ganggu Jodohku merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 adaptasi daripada novel bertajuk sama karya oleh penulis Umie Nadzimah.
  
Siri slot Megadrama Astro Ria di bawah arahan sutradara Jamal Khan ini menampilkan gandingan pelakon Yusuf Bahrin, Shaza Bae dan Norreen Iman.
  
Episod 1 dijadualkan ke udara pada 29 November 2021 selepas tamatnya drama bersiri Jiwa Yang Kau Puja.
  

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

  

Sinopsis

"Apabila Saka jatuh cinta dengan tuannya sendiri, perkara perkara dilakukannya untuk menghalang cinta ketiga!"
  
Selagi tidak mewarisi saka daripada keturunan nenek saudaranya, Aliza (Shaza Bae) menghadapi 'kesukaran' untuk berkahwin. Sumpahan itu akan menyusahkannya untuk berumah tangga.
  
Aliza mempunyai kelebihan berkomunikasi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu (Aloy Paradoks) sejak zaman kecil.
  
Namun begitu, Abu tidak menyukai Doktor Imran (Yusuf Bahrin) yang diminati oleh Aliza.
  
Doktor Imran asalnya seorang yang berfikiran moden, kerek, sombong, riak dengan ilmu perubatannya, namun ketidakpercayaannya dengan perkara mistik berubah selepas diganggu oleh saka Ratu Lempeng (Salina Saibi).
  
Ketika berubah menjadi warak, Doktor Imran menyambut salam cinta daripada Aliza dan kini dalam usaha mempertahankan hubungannya dengan wanita itu daripada gangguan Abu.
  

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

  

Pelakon / Cast

Dikemudi oleh dua watak utama yang dilakonkan oleh Yusuf Bahrin dan Shaza Bae.
  
Turut sama dibintangi Norreen Iman, Amerul Affendi, Syafi Tee, Shah Iskandar, Salina Saibi, Sherry Ibrahim, Sabhi Saddi, Hasnul Rahmat, Aloy Paradoks, Naqi Nasri, Mathni Razak, Zalfa Zin, Azizah Mahzan, Ku Faridah dan Rosli Rahman Adam.
  
  

Watak Pelakon

Yusuf Bahrin sebagai Imran
Shaza Bae sebagai Aliza
Norreen Iman sebagai Shahida
Shah Iskandar sebagai Kamal
Amerul Affendi sebagai Penjelmaan Abu
Syafi Tee sebagai Penjelmaan Abu
Aloy Paradoks sebagai Abu
Sherry Ibrahim sebagai Kak Saleha
Salina Saibi sebagai Saka Ratu Lempeng
Sabhi Sadhi sebagai Ustaz Hadhari
Hasnul Rahmat sebagai Paksu
  

Kredit foto: Instagram Yusuf Bahrin

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah naskhah arahan oleh sutradara Jamal Khan daripada terbitan syarikat produksi, Orangetree Production.
  
Menerima sentuhan panel penulis skrip terdiri daripada Nana Khalil, Adib Zaini, Amin Shakib dan Baizura Kahar.
     

Kredit foto: Instagram Salina Saibi

  

Waktu Siaran

Tonton Jangan Ganggu Jodohku di saluran Astro Ria menerusi slot Megadrama pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam mulai 29 November 2021.
  
Kesemua 24 episod penuh juga boleh distrim di platform online, aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
  
Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama
  
  
Sumber:
  



Hakcipta iluminasi.com (2017)