Oleh pada 15 Sep 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

The Hotel merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) dimuatkan dalam slot Megadrama bagi menggantikan siri Hawa yang menutup tirainya semalam.

Episod 1 naskhah yang ditunjangi pelakon Mira Filzah, MK K-Clique dan Sean Lee ini ditayangkan di kaca televisyen pada 15 September 2021, menerusi platform Astro Ria.

the hotel movie 447

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sinopsis

Raisa (Mira Filzah) merupakan anak gadis kepada Maya (Yasmin Hani). Ibunya mempunyai salah sebuah empayar perniagaan paling gah di Malaysia.

Walaupun diselubungi kemewahan, Raisa mempunyai sifat psikopat yang mana sukar baginya untuk menafsirkan emosinya sendiri. Segala tindak-tanduknya bersandarkan kepada kehendak semata-mata sehinggakan dia mampu untuk menamatkan riwayat hidup orang lain!

Kehadiran Sean (MK K-Clique) sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa membawa kepada perkenalan antara mereka.

Sean yang sebaya dengan Raisa, memperkenalkan dirinya sebagai seorang pakar bedah, meskipun kurang diyakini Raisa kerana cerita Sean sering sahaja berubah-ubah.

Sean, si pembohong patologi ini akhirnya menaruh hati pada Raisa, namun harus memikirkan sama ada mahu kekal setia dengan Raisa atau menyerahkannya sebelum dia menamatkan lebih banyak kehidupan orang yang tidak bersalah.

Apakah kesudahan kisah cinta antara mereka? Adakah mereka mampu mempertahankan pertalian perasaan yang disimpan selama ini?

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja (Slot Megadrama)

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod The Hotel (Astro Ria) Yang Ramai Tak Tahu!

the hotel astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pelakon / Cast

Watak-watak utama digerakkan oleh pelakon popular Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee dan Natasha Elyzza.

Juga menampilkan Daler Yusuf, Nabil Aqil, Datin Paduka Eina Azman, Alif Hadi, Farah Ahmad, Yasmin Hani, Asha Merican, Amir Nafis, Azhar Amir dan Ku Faridah.

Baca: Biodata Mira Filzah

Baca: Biodata MK K Clique

Baca: Biodata Sean Lee

Baca: Biodata Natasha Elyzza

Baca: Biodata Daler Yusuf

Baca: Biodata Nabil Aqil

Baca: Biodata Eina Azman

Baca: Biodata Alif Hadi

Baca: Biodata Asha Merican

    

the hotel 998

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Watak Pelakon

MK K-Clique sebagai Sean

Mira Filzah sebagai Raisa

Sean Lee sebagai Umar

Natasha Elyzza sebagai Umaira

Datin Paduka Eina Azman sebagai Julia

Nabil Aqil sebagai Arman

Daler Yusuf sebagai Razul Ilyas

Asha Merican sebagai Marsha

Alif Hadi sebagai Tengku Arif

Yasmin Hani sebagai Maya

Farah Ahmad sebagai Sharifah Hanisa

Amir Nafis sebagai Tengku Adam

Azhar Amir sebagai Syed Jamaluddin

Ku Faridah sebagai Miss Ros

sinopsis the hotel 991

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Idea asal siri produksi Juida Viden Sdn Bhd ini diilhamkan oleh sutradara Michael Ang selain turut menampilkan Helmi Yusof yang berperanan sebagai pengarah.

Penulisan skrip oleh panel yang terdiri daripada Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan dan Michelle Yoon.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: K-CLIQUE | SEBELUM/PARACETAMOL (OFFICIAL LYRICS VISUAL)

Tajuk: Sebelum

Penyanyi: K-Clique

     

the hotel mira filzah 125

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

Waktu Siaran

24 siri episod The Hotel terkandung dalam slot Megadrama untuk tayangan secara eksklusif di saluran Astro Ria pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam mulai 15 September 2021.

Alternatif lain, anda boleh tonton kesemua episod penuh secara strim di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hotel Del Luna (Korea)

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

    

the hotel astro ria 637

the hotel episod

the hotel mk

Kredit foto: Instagram Astro Malaysia

   

Kredit video: [EPISOD PENUH] THE HOTEL - Episod 1

Sumber:

1. The Hotel Tak Ciplak Hotel Del Luna, Bukan Copy Penthouse

2. Fakta Sinopsis Drama THE HOTEL Lakonan Mira Filzah & MK K-Clique




Hakcipta iluminasi.com (2017)