biodata fimie don

Kredit foto: Instagram Fimie Don

   

Fimie Don merupakan antara pelakon yang bakal menjayakan drama bersiri Titian Takdir, siaran slot Lestary, TV3.

Drama arahan Nazir Jamaluddin terbitan Suhan Movies & Trading itu antara lain menampilkan Sweet Qismina, Nadia Brian, Syazuwan Hassan, Fazren Rafi, Atiq Azman, Bella Dowanna dan ramai lagi.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Shafimie bin Saedon. Menggunakan nama komersial, Fimie Don.

2. Lahir pada 13 Februari 1998 di Sungai Petani, Kedah. Berusia 21 tahun.

3. Kediamannya terletak di Cyberjaya, Selangor.

4. Anak bongsu kepada tiga orang adik-beradik.

5. Merupakan pelakon, pengacara dan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2003.

6. Namanya mula dikenali selepas membintangi drama bersiri Bong dan Hikayat Putera Shazlan.

7. Lain-lain drama dibintanginya seperti Kem Pink, Juvana dan Wadi, selain telefilem Dodol Dodol Cinta, Imamkan Aku dan banyak lagi.

8. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Magika, Senario Asam Garam, 8 Jam dan SAM: Saya Amat Mencintaimu.

9. Pemegang trofi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 menerusi filem Magika.

10. Sebagai penyanyi, beliau pernah merakamkan tiga buah single studio berjudul Untuk Mama Papa, Bila Ku Di Mercu dan Kata Kamu.

   

Fakta Menarik

  • Berketinggian 1.75 meter.
  • Memulakan karier lakonan sejak usia lima tahun.
  • Pernah menganggotai kumpulan The Blessings sewaktu berumur 15 tahun, yang mana kumpulan itu turut dibarisi penyanyi Haqiem Rusli, Didi Astillah dan Azam Sham. The Blessings merakamkan dua single sebelum berkubur apabila Didi menyertai syarikat rakaman Warner Music, manakala dua lagi anggota membawa haluan sendiri.
  • Bapa Fimie menderita penyakit angin ahmar. Kini Fimie menggalas tanggungjawab menjaga kebajikan kedua orang tuanya.

   

Foto

fimie don

drama titian takdir

wikipedia fimie don

fimie don 2019

fimie don 2020

sinopsis titian takdir

fimie don ig 194

fimie don rap

instagram fimie don

ibu fimie don

Kredit foto: Instagram Fimie Don

    

Sumber:

1. Wikipedia Fimie Don

2. Eksklusif: Siri Akhir Laporan Khas Nasib Bakat Cilik

3. Masih Tunggu Watak Hero

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)