Oleh pada 24 Aug 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Sooka

Hawa merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) hasil tangan daripada pengarah Tam Suhaimi.

Siri ini bakal memasuki platform Astro mulai 24 Ogos 2021 selepas bersiaran secara eksklusif di perkhidmatan penstriman, Sooka sejak 17 Jun lalu.

drama hawa

Kredit foto: Instagram Sooka

Sinopsis

Along (Nadiya Nisaa) yang sudah mendirikan rumah tangga, merupakan seorang isteri yang taat terhadap suaminya, Haji Ali (Yusri Saleh).

Namun kehidupannya mula menerima 'tamparan' hebat selepas Haji Ali mengalami strok dan terlantar koma.

Situasi bertambah keruh apabila Along mendapat tahu rahsia Haji Ali yang sudah beristeri dua!

Tidak hanya dia, setiap anggota keluarganya iaitu Hajjah Iman (Hamidah Wahab), Angah (Ruzana Ibrahim) dan Acu (Bella Dowanna) juga diuji dengan dugaan kehidupan masing-masing.

Angah syak suaminya curang, Hajjah Iman disaman angkara penipuan, manakala Acu pula menceritakan rahsia di vlog kendaliannya...

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Ali Alia (Slot Tiara Astro)

sinopsis hawa

Kredit foto: Instagram Sooka

Pelakon / Cast

Menyaksikan barisan para pelakon wanita sebagai tunjang utama, membabitkan Nadiya Nisaa, Bella Dowanna Halim, Ruzana Ibrahim dan Hamidah Wahab.

Kemunculan Donna Muslim, Shah Faris, Akma Abdullah dan Yusri Saleh memegang watak pembantu.

Baca: Biodata Bella Dowanna

Watak Pelakon

Hamidah Wahab sebagai Hajjah Imaan

Nadiya Nisaa sebagai Along / Hajjah Saadah

Bella Dowanna sebagai Acu / Raudah

Ruzana Ibrahim sebagai Angah / Fauziah

Donna Muslim sebagai Musa

Yusri Saleh sebagai Haji Ali

Shah Faris sebagai Naim

Akma Abdullah sebagai Azizah

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Celup (Astro Ria & Gempak)

pelakon hawa

Kredit foto: Instagram Sooka

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Dihasilkan oleh tenaga kerja produksi Infinitus productions Sdn Bhd dengan Tam Suhaimi memegang peranan sebagai sutradara untuk naskhah yang diilhamkan oleh penulis skrip, Baizura Kahar bersama Tam Suhaimi sendiri.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Hawa Feat. Tilla Hanna

Tajuk: Hawa

Penyanyi: Tilla Hanna

Komposer: Tilla Hanna & Lo Shi Seng

Penulis lirik: Tilla Hanna

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wifi Sebelah Rumah (Disney+ Hotstar)

hawa episod

Kredit foto: Instagram Sooka

Waktu Siaran

Dilancarkan di platform penstriman Sooka sejak 17 Jun 2021, kini boleh diikuti di saluran Astro Ria mengisi slot Megadrama, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam mulai 24 Ogos 2021 selama 9 episod.

Juga tonton di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Malaysian Ghost Stories (Astro Ria)

  

hawa astro

Kredit foto: Instagram Sooka

    

Sumber:

1. HAWA Buat Nadiya Nissa 'Gila' Dengan Suami, Bangkitkan Rasa Rindu Hubungan Adik Beradik

2. Bambam Studios




Hakcipta iluminasi.com (2017)