Kredit foto: Instagram @imanzulkarnain91

      

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nuriman Zulkarnain, Dikenali sebagai Iman Zulkarnain.

2. Berusia 28 tahun.

3. Kerjaya seninya bermula selepas kegagalan dalam bidang perniagaan yang mana sebelum ini beliau mengusahakan kafe dan kantin di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, termasuk perniagaan butik dan studio fotografi.

4. Mengakui trauma untuk menceburi semula dunia perniagaan selepas kejadian ditipu rakan kongsi. Ia rentetan kemurungan yang dialami hampir setahun, termasuk nyaris terjun bangunan di tingkat 10.

5. Sudah tiga tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan dengan bantuan pelakon Emma Akma.

6. Memperkasakan bakat dengan mengikuti kelas anjuran seniwati Fauziah Ahmad Daud dan Rosman Ishak.

7. Mengidolakan pelakon berpengalaman seperti Bront Palarae, Wan Hanafi Sue dan Faizal Hussein.

8. Menyifatkan penglibatannya sebagai anak seni hasil berkat doa ibu yang bersungguh-sungguh mahu melihat dia berjaya dalam bidang itu iaitu sejak zaman persekolahan lagi.

9. Namanya melonjak naik selepas peranan kecil dibawakan dalam drama bersiri fenomena, Nur 2 iaitu sebagai peniaga warung bernama 'Man'.

10. Lain-lain drama dibintanginya seperti Gerak Khas, Cinta Koko Coklat, Suamiku Mr Blind, Nota Buat Cempaka, Nur 2 dan Cinta Yang Ku Rasa.

11. Termasuk filem pendek Lagenda Budak Malang, Dorm Puaka dan Bayang.

12. Sudah mendirikan rumah tangga dengan dua orang isteri yang mana isteri keduanya juga merupakan pelakon dan usahawan.

13. Dalam perkembangan lain, beliau kini sedang mengikuti latihan maritim di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) sebagai persiapan menjalani penggambaran filem Coast Guard.

     

Foto

biodata dan latar belakang pelakon iman zulkarnain 2

biodata dan latar belakang pelakon iman zulkarnain 3

biodata dan latar belakang pelakon iman zulkarnain 4

biodata dan latar belakang pelakon iman zulkarnain 5

biodata dan latar belakang pelakon iman zulkarnain 6

Kredit foto: Instagram @imanzulkarnain91

     

Video

Kredit video: Youtube MHE TV

       

Sumber:

1. MHE TV

2. Sinar Harian

3. Youtube MHE TV




Hakcipta iluminasi.com (2017)