Oleh pada 11 Aug 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Celup merupakan sebuah siri drama Malaysia 2019 yang menampilkan pelakon Sean Lee, Emma Maembong dan Nabil Aqil selaku teraju utama.

Jenama Gempak Original Series ini ditayangkan secara eksklusif di portal hiburan Gempak mulai 8 Mei 2019.

Penonton kini berpeluang untuk menyaksikannya di kaca televisyen menerusi saluran Astro Ria mulai 11 Ogos 2021.

celup

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sinopsis

Dibesarkan oleh nenek (Dian P. Ramlee) yang berstatus jutawan, Ria (Emma Meambong) adalah seorang gadis yang boros dalam menguruskan perbelanjaan hariannya hingga sanggup berhutang dengan kekasihnya, Nabil (Nabil Aqil).

Meskipun Ria adalah cucu kesayangan, neneknya itu sudah tidak mampu bertahan lagi dengan sikapnya lantas bertindak membekukan kad kredit Ria.

Kerana ingin membayar semula hutangnya pada Nabil, Ria secara senyap-senyap telah berkahwin secara kontrak dengan Sean (Sean Lee) demi mengeluarkan wang simpanan yang diwasiatkan kepadanya.

sinopsis celup

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pelakon / Cast

Dibintangi oleh Sean Lee, Emma Maembong, Nabil Aqil, Sherin Amirin dan Dian P. Ramlee.

   

Baca: Biodata Sean Lee

Baca: Biodata Emma Maembong

Baca: Biodata Nabil Aqil

Baca: Biodata Sherin Amiri

Watak Pelakon

Emma Maembong sebagai Ria

Sean Lee sebagai Sean

Nabil Aqil sebagai Nabil

Sherin Amirin sebagai Eina

Dian P. Ramlee sebagai Nenek

celup astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan Helmi Yusof terbitan produksi Hyper Pictures Sdn Bhd.

     

celup episod

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Waktu Siaran

Di bawah jenama 'Gempak Original Series', siri ini memulakan tayangan perdana di portal hiburan Gempak pada 8 Mei 2019.

Menemui penonton Astro buat pertama kali di skrin televisyen bermula 11 Ogos 2021, setiap hari Rabu, jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) untuk tayangan selama 9 episod.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Saga (Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Siapa Jaga Mak (Slot Tiara Astro)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cik Ayu Mee Sanggul (Slot Megadrama Astro)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pretty Little Liars Indonesia (Astro Citra)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Hutang 2D (Astro First)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Mat Bond Malaya (2021) Astro First

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wifi Sebelah Rumah (Disney+ Hotstar)

Sumber:

1. “Alalala Comelnya Oppa Sean Baca Doa Makan” – Gelagat Sean Lee Tarik Perhatian Netizen

2. Instagram Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)