Oleh pada 02 Feb 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Drama 'Marry Me Senorita' yang diadaptasikan daripada novel karya Suri Ryana merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia 2021, menggandingkan pelakon Dini Schatzmann dan Janna Nick.

    

Ke udara di slot MegaDrama Astro Ria, siri ini bakal menggantikan drama Tercipta Satu Ikatan mulai 2 Februari 2021.

   

marry me senorita novel

Kredit foto: Instagram Nur Ain Sharif

   

Sinopsis

Meskipun baru berkenalan kurang dari seminggu, Isa Alejandro (Dini Schatzmann), lelaki kacukan Sepanyol sudah berani melamar Sofiy Leia (Janna Nick).

Sofiy dalam dilema apatah lagi mengenangkan sikap lepas laku Isa, dan pegangan agamanya yang berterabur!

Namun apa yang tidak dinafikan, jejaka itu hadir ketika Sofiy dalam bahaya, juga tidak mempunyai sesiapa dalam hidup.

   

Kemunculan Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi (Shaza Bae), si pelakon 'sendu' dan perempuan Sepanyol 'celup' kemudiannya menjadi penghalang cinta mereka.

   

Apatah lagi, Rossa adalah pilihan kedua orang tua Isa.

Mampukah cinta Isa dan Sofiy yang datang dari dunia berbeza ini bersatu?

   

Isa, si cucu ahli perniagaan yang bersifat 'kebaratan', manakala Sofiy pula si anak yatim piatu yang kuat pegangan agamanya.

Siapa yang bakal membimbing siapa?

   

drama marry me senorita

Kredit foto: Instagram Nur Ain Sharif

   

Pelakon

Menampilkan lakonan Dini Schatzmann, Janna Nick, Shaza Bae dan Meerqeen.

Turut terlibat Nabil Aqil, Siti Khadijah Halim, Alif Muhaimin, Natasha Elyzza, Daler Yusuf, Asha Merican, Fad Anuar, Razman Mahayuddin, Raja Azura, Yasmin Hani, Dato Jalaludin Hassan dan Fadilah Mansor.

   

Baca: Biodata Dini Schatzmann

Baca: Biodata Janna Nick

Baca: Biodata Shaza Bae

Baca: Biodata Meerqeen

Baca: Biodata Nabil Aqil

Baca: Biodata Siti Khadijah Halim

Baca: Biodata Alif Muhaimin

Baca: Biodata Natasha Elyzza

Baca: Biodata Daler Yusuf

Baca: Biodata Fad Anuar

Baca: Biodata Razman Mahayuddin

   

marry me senorita episod

Kredit foto: Instagram Nur Ain Sharif

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada produksi Juita Viden Sdn Bhd dengan menggunakan khidmat arahan Nur Ain Sharif.

   

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Surat Akhir

Penyanyi: Amira Othman

   

marry me senorita

Kredit foto: Instagram Shaza Bae

   

Waktu Siaran

Tayangan bermula 2 Februari 2021, siaran 20 episod dari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Megadrama, saluran Astro Ria.

   

Sumber:

1. BamBam Studios

2. Astro Gempak

3. Novel Marry Me Senorita

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)