Biodata

Nama penuh: Mohamed Noor bin Shamsuddin

Nama popular: Rosyam Nor

Tarikh lahir: 1 Mac 1967

Umur: 51 tahun

Kelahiran: Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, Selangor (kini Wilayah Persekutuan, Malaysia)

Pekerjaan: Pelakon, penerbit, pengacara, model dan usahawan

Media sosial: Instagram @iamrosyam

Fakta Menarik

1. Anak keempat daripada enam adik-beradik.

2. Anak kepada pasangan Shamsuddin Mohd. Yusof dan Rubiah Kamarudin. Nama Rosyam diilhamkan hasil gabungan nama kedua ibu bapanya.

3. Bapanya meninggal dunia pada tahun 2008 kerana sakit tua.

4. Adiknya, Azman juga merupakan pelakon. Selain itu, seniman Hussein Abu Hassan adalah bapa saudaranya, manakala pelakon terkenal, Faizal Hussein merupakan sepupu beliau.

5. Rosyam sewaktu usia kecil hanya tinggal di rumah setinggan bersama keluarga. Beliau mendapatkan pendapatan dengan menjual himpunan kotak yang dikutip.

6. Di usia 13 tahun, beliau menjadi pembantu kedai runcit, bagaimanapun masih tidak mengabaikan soal pendidikan.

7. Rosyam hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

8. Ketika berumur 18 tahun, beliau menjadi kakitangan am di Berjaya Film Productions. Antara tugas yang dijalankannya termasuk bekerja sebagai kru di belakang tabir termasuk mencuci tandas.

9. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1986.

10. Antara filem popular lakonannya seperti Gila-Gila Remaja, Jimi Asmara, Maria Mariana II, Lenjan, Gerak Khas The Movie, KL Menjerit, Laila Isabella, Janji Diana, Gangster, Castello, KL Gangster 2, Mat Moto, KL Special Force dan Lee Chong Wei: Rise Of The Legend.

11. Pembabitannya dalam drama, antaranya menerusi Idaman, Rindu Semakin Jauh, Biarku Sentuh Cintamu, Cinta Elysa, Setia Hujung Nyawa, Tersuka Tanpa Sengaja, Jangan Benci Cintaku dan Selafaz Cinta.

12. Menerusi telefilem, Rosyam pernah membintangi Tuminah, Playboy Pencen, Pondok Buruk, Sekeras Kerikil, Cinta Selat Tebrau, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Pendosa Ingin Ke Syurga dan banyak lagi.

13. Meraih pelbagai pengiktirafan anugerah seperti di Festival Filem Asia Pasifik, Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Seri Angkasa.

14. Tidak hanya sebagai pelakon, beliau juga merupakan seorang petani berjaya yang terlibat dalam projek tanaman nangka madu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Lanchang, Pahang pada tahun 2010. 

15. Beliau juga terlibat dalam bidang perniagaan menerusi pembukaan kedai serbaneka ST Rosyam Mart di Setiawangsa pada Jun 2018, hasil usahasama dengan syarikat Sri Ternak. Menurutnya, tiga lagi cawangan pasar raya itu akan menyusul.

16. Antara lain, beliau mengeluarkan produk berasaskan durian belanda diberi nama 'Adraa by Rosyam Nor' pada 29 Ogos 2018. Rosyam juga merupakan jurucakap produk minyak argan, Luxone Argan Oil, pernah membuka pusat penjagaan kesihatan pada tahun 2003 serta melabur di ladang herba di Kampung Paya Rumput di Masjid Tanah, Melaka, dikenali sebagai Taman Impian Herba dan Jati.

17. Mendirikan rumah tangga dengan Runika Mohd Yusoff pada tahun 1989. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang anak yang mana kesemuanya berjantina perempuan, iaitu Arniesha Azureen (kelahiran 1990), Nur Anis (1993), Nurlisa (1997), Syadira (2002) dan Zarith Maryam (2003). Pada Januari 2014, beliau menimang cucu sulung bernama Hanan Adraa bin Mohd Hafiz. 

18. Pada Oktober 2013, beliau bersama jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee dan penyanyi Ramli Sarip dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa kepada gelaran Datuk bersempena Hari Keputeraan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon rosyam nor 2

biodata dan latar belakang pelakon rosyam nor 3

biodata dan latar belakang pelakon rosyam nor 4

biodata dan latar belakang pelakon rosyam nor 5

biodata dan latar belakang pelakon rosyam nor 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Harian Metro

4. Instagram Rosyam Nor




Hakcipta iluminasi.com (2017)