Oleh pada 26 Feb 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Remy Ishak

Tahun 2021 dan 2022 menyaksikan banyak naskhah tempatan menarik menemui peminat setia drama melayu yang mana karya-karya ini datang daripada variasi genre.

Lebih menarik apabila siri-siri ini menampilkan pelakon utama dalam kalangan muka-muka popular kegemaran ramai.

Berdasarkan siaran episod yang menerima sambutan dan maklum balas yang baik, berikut adalah 12 drama melayu terbaik sepanjang tahun 2021 dan 2022 (setakat ini).

Seleksi ini berpandukan siri rantaian paling diminati ramai mengikut rekomendasi, 'rating' dan respon positif penonton di media sosial.

Senarai 12 Drama Melayu Berepisod Malaysia Terbaru & Terbaik (2021 / 2022) - 'Best' Dan Wajib Tonton!

Sabarlah Duhai Hati (Slot Akasia TV3)

drama

Mengisahkan seorang gadis bernama Fira yang menjaga adiknya, Danish selepas kematian ibu bapa mereka. Hidup sebatang kara, Fira menerima lamaran Affan, lelaki yang pernah dielakkannya kerana kisah lampau. Hubungan mereka bagaimanapun mendapat tentangan daripada Nadia, wanita yang sepatutnya dijodohkan dengan Affan.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Sabarlah Duhai Hati

Cukup Derita Itu (Slot Samarinda TV3)

drama tv3

Pasangan kembar Ellani dan Ellana dibesarkan oleh ibu saudara mereka selepas kematian ibu bapa, namun layanan yang diterima cukup berbeza.

Ellana dilayan bagaikan puteri, namun Ellani diperlakukan seperti hamba, apatah lagi selepas Zarul memutuskan untuk mengahwini Ellani rentetan meninggalkan Ellana.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cukup Derita Itu

3 Nota Cinta (Slot Akasia TV3)

drama melayu 2022

Kisah Cinderella moden dengan elemen 'twist' tentang Alisa yang dikongkong ibunya dalam soal cinta. Ibu Alisa tidak mempercayai kewujudan cinta selepas ditinggalkan bapa mereka.

Alisa mengenali seorang lelaki bernama Zain dan hubungan itu digalakkan lagi oleh datuk dan nenek Alisa yang cuba menjodohkan mereka.

Namun selepas bergelar suami isteri, Alisa menjadi mangsa kebencian ibu dan dua adik beradiknya yang ingin menggagalkan perkahwinan mereka.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod 3 Nota Cinta

Budak Tebing 2 (Slot Lestary TV3)

drama melayu best

Siri ini mengangkat kisah sekumpulan remaja bermasalah dalam usaha pulang ke pangkal jalan. 

Kesinambungan drama Budak Tebing ini berkisarkan kehidupan Tongki, Arif dan Talam selepas gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis).

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Budak Tebing 2

Kekasih Hati Mr Bodyguard (Slot Lestary TV3)

drama melayu online

Hana menjejaki Hadif, seorang bekas bodyguard kerana ingin mendapatkan jawapan misteri di sebalik kemalangan bapanya, Dato Yusof.  Namun pertemuan mereka menimbulkan bibit-bibit cinta.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kekasih Hati Mr Bodyguard

Rindu Awak Separuh Nyawa (Slot Megadrama Astro Ria)

drama melayu 2021

Kasih Maisara yang berdendam dengan bapanya, berkahwin dengan Nazril selepas dicabar oleh musuhnya. Namun rumah tangga itu diuji dengan kehadiran wanita bernama Nurul Huda.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Rindu Awak Separuh Nyawa

Takdir Yang Tertulis (Slot Samarinda TV3)

drama melayu tv3 375

Juweta, Ruhila, Azlan and Ean adalah empat kawan baik yang membina perhubungan sejak zaman universiti, namun persahabatan mereka diuji dengan isu kesetiaan dan kepercayaan.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Takdir Yang Tertulis

Ayahanda (Slot Lestary TV3)

tonton

Seorang imam berasa tercabar dengan kehadiran imam muda di masjidnya dan menghadapi konflik kekeluargaan apabila empat orang anaknya meningkat dewasa.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Ayahanda

   

Projek: Anchor SPM (Astro Citra)

youtube drama melayu

Dalam usaha mencapai keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Aizat dan Aaidaa merangka projek meniru secara beramai-ramai.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Projek: Anchor SPM

Angkara Cinta (Slot Tiara Astro Prima)

tonton drama melayu 812

Dua rakan baik dengan nama yang sama berdepan konflik selepas mengetahui mereka berkongsi bapa, selain menaruh hati pada wanita yang sama!

   

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Drama Angkara Cinta

Marry Me Senorita (Slot Megadrama Astro Ria)

senarai drama melayu

Walaupun masih mencintai Isa, Sofiy cuba memadam perasaannya dengan menyambung pengajian dan membawa diri ke luar negara. Adakah dua hati ini akan bersatu?

   

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marry Me Senorita

Suamiku Lelaki Pendosa (Slot Megadrama Astro Ria)

suamiku lelaki pendosa 237

Dean Ilyas menikahi Cahaya Malaika selepas wanita itu terluka lanjutan baru putus tunang. Dean menerima Cahaya seadanya walau mengetahui hakikat dia seorang anak tak sah taraf.

Tanpa Cahaya sedari, perkongsian hidup mereka menjadi agenda ibu Dean yang mahu membersihkan maruah keluarga kerana rahsia besar yang disimpan Dean.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Suamiku Lelaki Pendosa

     

Antara aplikasi penstriman yang menyajikan drama-drama bersiri melayu lokal untuk tontonan online adalah seperti iQIYI, WeTV, Viu, Disney+ Hotstar, Astro Go dan Sooka, serta tidak ketinggalan saluran Youtube Drama Sangat.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

         

*Jadual Tayangan Slot Drama Popular*

1. Slot Akasia TV3 - setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam

2. Slot Lestary TV3 - setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam

3. Slot Samarinda TV3 - setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam

4. Slot Megadrama Astro Ria - setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam

5. Slot Tiara Astro Prima - setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang

   

Kredit foto: Instagram Astro Gempak , Instagram TV3 Malaysia & Instagram Drama Sangat




Hakcipta iluminasi.com (2017)