Oleh pada 14 Jan 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat , Instagram Siti Khadijah Halim , Instagram Anies Hann

        

Ikuti senarai 10 drama melayu TV3 pilihan tontonan terbaik 2023-2024.

        

drama melayu 2024 63221

         

Wanita Syurga (Slot Akasia TV3)

drama melayu terbaru 81266

Kredit foto: Instagram Siti Khadijah Halim

        

Wanita Syurga merupakan sebuah karya menyentuh perasaan yang menceritakan perjuangan seorang wanita, Ardini, yang tidak mampu menanggung kehilangan dua anaknya, Wanna dan Warith. Dia bagaimanapun redha demi membebaskan diri dari ikatan perkahwinan yang dikhianati oleh Amar.

Namun Ardini tidak gentar dan kembali dengan tekad untuk mendapatkan semula haknya yang dirampas oleh Amar dan Farah, setelah Luqman, seorang peguam syarie yang juga rakan sekampungnya, muncul untuk mempertahankan haknya.

         

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Syurga

         

Aku Bukan Ustazah (Slot Akasia TV3)

drama melayu terkini 11637

Kredit foto: Instagram Fikhree Bakar

        

Dalam drama ini, diceritakan perbezaan hidup Adam, seorang pemilik kelab malam, dan Aminah, seorang wanita yang menjalani kehidupan sebagai niqabis.

Pengalaman hidup dengan kawan-kawan yang berpegang kepada pandangan hidup yang berbeza hampir membawa Aminah ke lembah dosa.

Di samping Adam ialah Omar, seorang doktor perubatan yang menamatkan pengajian di Mesir dan amat taat pada agamanya, turut mencari ruang di hati Aminah. Antara keduanya, hanya seorang yang benar-benar dekat dengan Aminah, tetapi bagaimana mungkin syaitan dan bidadari syurga dapat bersatu?

             

Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah (Slot Akasia TV3)

drama online 51463 68

         

Drama ini menelusuri kisah Dania, seorang gadis muda yang terlibat dalam hubungan terlarang bersama Qabil dan berakhir dengan kandungan anak luar nikah.

Selepas Qabil melarikan diri ke luar negara, ibu Dania membawa Dania ke Wadi Safiyyah, sebuah pusat penempatan bagi gadis-gadis yang bermasalah. Di sanalah, Dania berjumpa dengan Ustaz Iqbal dan dalam diam, terpaut pada akhlak mulianya, namun dia tidak menyedari yang Iqbal adalah adik kandung kepada Qabil.

         

Platform Online: iQIYI

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

         

Luruhnya Bunga Cinta Musim 2 (Slot Akasia TV3)

drama tv3 94671

        

Drama Luruhnya Bunga Cinta 2 meneruskan kesudahan perjalanan kisah cinta antara Nuh dan Nuha.

Bersua kembali, cinta mereka terus mekar, namun cabaran masih wujud yang cuba menghalang perhubungan itu.

        

Platform Online: iQIYI

               

Hati Tercarik Luka (Slot Samarinda TV3)

drama melayu best 61311

          

Dalam Hati Tercarik Luka, Eyda, seorang wanita berkerjaya, mengalami fasa-fasa pahit dalam kehidupan berkeluarganya. Suaminya, Dani, terlibat dalam hubungan sulit dengan pembantu peribadinya, Maya, yang masih dalam status perkahwinan. Akibatnya, Eyda terpaksa bangkit dengan semangat juang yang tinggi apabila Maya menggunakan ilmu hitam untuk menjauhkan Dani daripadanya.

        

Platform Online: Tonton

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hati Tercarik Luka

         

I Love You, Stupid / ILYS (Slot Akasia TV3)

drama melayu 2023 69221

Kredit foto: Instagram Ezzanie Jasny

        

Penyatuan dua hati dari latar belakang yang berbeza menjadi intipati dalam siri ini. Wanita yang bernama Iris Nur, berasal dari keluarga berada, menjalani kehidupan dengan mengikut peraturan yang ditetapkannya sendiri.

Iris mengalami perubahan bermakna dalam kehidupan selepas berkenalan dengan Firman Ebrahim yang memegang peranan sebagai pengawal peribadinya.

Beberapa kali takdir menemukan mereka, dan tanpa diduga, Iris semakin terpikat dengan Firman walaupun rasa benci masih bersarang.

        

Platform Online: Viu

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod I Love You, Stupid (ILYS)

        

Hawt Fellas (Slot Lestary TV3)

tonton drama melayu 74634

        

Kisah ini, dengan tema utama tentang keremajaan, mengangkat perjalanan sekumpulan remaja yang menghadapi dilema dan cabaran hidup selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setelah SPM berakhir, mereka terpisah dan berada di landasan yang berbeza, serta dihadapkan dengan dugaan dan pilihan hidup.

        

Platform Online: Tonton

         

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hawt Fellas

        

Menanti Senja (Slot Samarinda TV3)

drama best 41651

         

Penceritaan yang sarat dengan rasa dan sentuhan air mata, dihasilkan melalui penyatuan dua konsep cerita P. Ramlee, iaitu Penarik Beca dan Ibu Mertuaku.

Menanti Senja menyaksikan kehidupan Syukri yang awalnya sederhana, berubah bahagia selepas perkahwinan dengan Sarah. Sayangnya, hubungan mereka dengan kelahiran anak perempuan tidak mendapat restu daripada bapa Sarah.

        

Platform Online: Tonton

         

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Menanti Senja

        

Rindu Kasih 2 (Slot Samarinda TV3)

drama melayu online 74214

Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera

         

Sekuel ini meneruskan kisah Salina yang berjuang mengatasi dugaan hidup selepas dibebaskan dari penjara. Perkelahian dengan bekas suaminya, Amir yang berusaha mendapatkan hak penjagaan anak sulung mereka, Fayad, menambah lagi tekanan. Selain ibu mentuanya, Halijah keluar dari penjara setelah enam tahun, Salina juga dihadapkan dengan tuduhan hubungan sulit, merumitkan hubungan antara Hisyam dan Murni.

        

Platform Online: iQIYI

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Rindu Kasih Musim 2

       

Hello Jodoh (Slot Lestary TV3)

drama melayu tv3 32142

Kredit foto: Instagram Anies Hann

         

*Sinopsis akan dikemaskini

         

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru 'Best', Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem, Drama Cinta Romantik Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Drama Melayu Astro Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

          

Untuk lebih drama Melayu TV3 terbitan tahun 2023, baca artikel: 10 Drama Melayu TV3 (2023) Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

        

Jadual terkini tayangan slot popular

Slot Akasia TV3 - setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 petang

Slot Lestary TV3 - setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9 malam

Slot Samarinda TV3 - setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)