Oleh pada 04 Jan 2023 kategori

TV3 kekal sebagai teman setia peminat drama dalam kalangan penonton yang mengikuti siri slot-slot yang ditayangkan.

Drama-drama bersiri yang disiarkan terus menjadi naskhah hit yang memikat hati para penonton menjadikan saluran ini sebagai platform yang menyajikan karya daripada hasil produksi tempatan yang menjadi tumpuan.

drama melayu 356

Dengan watak-watak yang menonjol dalam setiap siri TV, ia mencipta keterujaan di kalangan peminat untuk menantikan setiap episod.

drama tv3 749

Berikut adalah antara senarai drama bersiri di TV3 sepanjang tahun 2022 / 2023 yang paling mencuri perhatian ramai.

Senarai 9 Drama Malaysia Terkini (TV3) Berserta Sinopsis - Juga Tersedia Secara Online!

Kerana Cinta Itu Ada (Slot Akasia TV3)

drama sangat 3

Nabila Aulia, graduan pengurusan perniagaan telah ditakdirkan jatuh cinta dengan Tengku Aisy Mateen, anak kepada pemilik hotel terkemuka, namun dia dikhianati oleh kawan baiknya sendiri, Dahlia Rizal yang menggunakan peluang persahabatan mereka untuk merampas kebahagiaan dan kejayaannya.

Platform online: Disney+ Hotstar

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kerana Cinta Itu Ada

Budak Tebing Musim 3 (Slot Lestary TV3)

drama melayu 2022 888

Selepas Pablo kembali membalas dendam terhadap Tongki, Yoyol dan Talam menyedari perubahan sikap Arif yang sering menyibukkan diri dengan kerja demi meredakan kesedihan. Hubungannya dengan Yoyol dan Talam juga tidak lagi seperti dahulu, lantas kehadiran Kirin yang rapat dengan budak-budak tebing yang lain disalahtafsirkannya.

Platform online: IQIYI

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Budak Tebing Musim 3

Hati Tanpa Rasa (Slot Samarinda TV3)

drama melayu tv3 198

Kerana mengejar kemewahan, Nur Kaisara sanggup menderhaka kepada ibu bapanya. Dia yang takut dipulaukan rakan-rakannya, nekad menyorok status sebenar yang datang dari keluarga miskin di sebuah kampung kecil.

Apabila Kaisara enggan berjumpa ibu bapanya -- sehingga bapa Kaisara jatuh sakit dan meninggal dunia -- Nidham nekad untuk memberi pengajaran kepada Kaisara.

Platform online: IQIYI

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hati Tanpa Rasa Adaptasi Novel Heartless

Terima Kasih Cinta (Slot Akasia TV3)

drama melayu best 174

Harris menikahi An kerana anak-anaknya sudah menganggap An seperti mommy mereka — walaupun Harris bukanlah lelaki idaman An yang tidak pernah rasa tertekan untuk berkahwin walaupun sudah berusia 33 tahun.

Bagaikan menjadi pengasuh dan penjaga kepada dua anak Harris, mampukah kebahagiaan milik An jika kasih sayang datang dari anak-anaknya sahaja, sedangkan Harris tidak dapat 'move on' dengan arwah isterinya yang sudah meninggal dunia.

Platform online: Tonton

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terima Kasih Cinta

Rindu Kasih (Slot Samarinda TV3)

drama online 522

Khalid yang membesarkan Salina seorang diri, merahsiakan daripada anaknya itu tentang kisah isterinya, Shida yang ditahan polis kerana menjual dadah.

Berazam untuk mengenali ibunya yang dipenjarakan, Salina sengaja melakukan jenayah kerana mahu dipenjara untuk merasai kasih sayang seorang ibu walaupun dia seorang banduan.

Platform online: Disney+ Hotstar

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Rindu Kasih

Drama Akan Datang..

Bawah Blok (Slot Lestary TV3)

drama melayu 2023

Sebuah flat menemukan lima anak remaja dari pelbagai latar belakang dan perjuangan hidup, menjalani persahabatan yang terancam dengan konflik berikutan rahsia yang cuba mereka tutupi. Dapatkah ikrar persahabatan mereka dipertahankan?

Platform online: Tonton

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bawah Blok

   

Bukan Lelaki Terhebat (Slot Samarinda TV3)

tonton drama melayu

Jaden ingin menjadi lelaki terhebat di mata Seri Dhia walaupun hanya Iqram yang menjadi perhatian gadis itu.

Kekurangan ilmu agama Jaden tidak menghalangnya untuk memiliki Seri demi cinta dan janjinya kepada Tok Ayah.

Kebahagiaan mereka mula dihimpit ujian yang bertandang apabila Seri berdepan dengan kisah silam Jaden yang terbongkar. Mampukah Seri menerima sisi gelap lelaki itu?

Platform online: iQIYI

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Lelaki Terhebat

   

My Mr Blind Date (Slot Akasia TV3)

drama terbaru tv3 241

Bekas suami Ammara bercadang untuk mendapatkan kembali Ammara yang telah bercerai dengannya dengan talak tiga, melalui Rizki sebagai 'Cina Buta'. Tetapi rancangan mereka tidak kesampaian apabila terbongkarnya kisah sebenar di sebalik perceraian dan kematian kembar Ammara.

   

Platform online: Akan dikemaskini

    

Ku Akad Kau Dengan Bismillah (Slot Akasia TV3)

drama pukul 7

Selepas maruahnya diragut dalam sekelip mata, Raisya Hannah mengambil keputusan untuk meninggalkan segala yang disayangi di bumi bertuah.

Lima tahun Luth Mikail menjejaki Raisya Hannah dengan rasa kesal kerana dia seorang gadis yang tidak bersalah dan menjadi mangsa.

Mereka disatukan selepas pertemuan yang tidak disangka-sangka walaupun jiwa wanita bernama Raisya Hannah itu sudah lama mati, namun Luth Mikail nekad untuk memadamkan rasa benci isterinya. Jadi bolehkah Hannah berterusan membenci suaminya sendiri?

Platform online: Tonton

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik pautan >> Iluminasi Kategori Drama

Jadual terkini tayangan slot popular

Slot Akasia TV3 - setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam

Slot Lestary TV3 - setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam

Slot Samarinda TV3 - setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)