Oleh pada 14 Feb 2022 kategori

  

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

3 Nota Cinta merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia 2022 (bukan adaptasi novel) di bawah arahan sutradara Emi Suffian, mengetengahkan pelakon Ashraf Muslim dan Sharifah Rose sebagai gandingan utama.

Drama dalam slot Akasia TV3 ini ke udara mulai 14 Februari 2022 bagi menggantikan siri Shakira.

sinopsis 3 nota cinta

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Kisah ala Cinderella moden yang menyelitkan elemen 'twist' di mana layanan terhadap Alisa (Sharifah Rose) oleh ibu kandungnya, Sofea (Zila Bakarin) sedikit berbeza.

Kehidupan Aminah (Aznah Hamid) dan Bahar (Jalaluddin Hassan), sebuah pasangan bahagia turut terkait dengan kisah Alisa, cucu mereka bersama seorang pemuda bernama Zain (Ashraf Muslim).

Apabila Alisa dan Zain menjalin cinta, Aminah menyokong sama dengan turut merapatkan lagi perhubungan mereka.

Zain membantu Alisa dalam menterjemahkan nota-nota cinta berbahasa jawi milik Aminah yang dikarang oleh Bahar, dalam menjadi pedoman mencari cinta sejati.

Alisa nekad menidakkan kepercayaan ibunya yang menolak cinta dalam hidup.

Zain pula membuktikan cinta sebenar yang telah mengikat jiwa Alisa, tetapi Alisa perlu menghadapi hasad dengki ibu dan adik beradiknya, Aini (Wani Kayrie) dan Abby (Afifah Nasir) terutama apabila Abby juga menaruh hati pada Zain.

     

3 nota cinta drama

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Membariskan pelakon Ashraf Muslim, Sharifah Rose, Afifah Nasir, Wani Kayrie, Zila Bakarin, Jalaludin Hassan, Aznah Hamid, Muaz Fitri, Salina Saibi dan Jasper Supayah.

Baca: Biodata Ashraf Muslim

Baca: Biodata Sharifah Rose

Baca: Biodata Afifah Nasir

Baca: Biodata Wani Kayrie

Baca: Biodata Muaz Fitri Maslan

Baca: Biodata Jasper Supayah

pelakon 3 nota cinta

Kredit foto: Instagram Wani Kayrie

Watak Pelakon

Ashraf Muslim sebagai Zain

Sharifah Rose sebagai Alisa

Afifah Nasir sebagai Abby

Wani Kayrie sebagai Aini

Zila Bakarin sebagai Sofea

Salina Saibi sebagai Amy

Jasper Supayah sebagai Zetty

Jalaluddin Hassan sebagai Bahar

Aznah Hamid sebagai Aminah

3 nota cinta episod 383

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya terbitan Orangetree Production Sdn Bhd arahan Emi Suffian yang dikenali sebagai Pyan Screw, serta mendapat sentuhan panel penulis skrip terdiri daripada Amin Shakib, Ib Nawawi, Adib Zaini, Nana Khalil dan Azril Hamzah.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Hampir Sempurna

Penyanyi: Evie Feroza

Komposer: Shazee Ishak & Audi Mok

Penulis lirik: Shazee Ishak & Audi Mok

   

novel 3 nota cinta

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Terbaharu di slot Akasia, saluran TV3, siaran 14 episod mulai 14 Februari 2022 ini dijadualkan menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam, selain berada di perkhidmatan penstriman online, iQiyi.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Merayap je kerja kau eh! | 3 Nota Cinta Episod 1 - 2 | iQiyi Malaysia

   

Sumber:

1. Drama Sangat

2. TV3 Malaysia

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)