Oleh pada 28 Apr 2021 kategori

   

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

'Sabarlah Duhai Hati' merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia 2021 yang diadaptasikan daripada novel bertajuk sama karya Mimie Afinie.

Siri ini bakal menemui penonton mulai 28 April 2021 di slot Akasia TV3.

sabarlah duhai hati sinopsis

Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia

Sinopsis

Fira (Amyra Rosli), gadis 24 tahun yang bersikap kebudak-budakkan, namun mula berubah menjadi matang selepas kehilangan kedua orang tuanya.

Apatah lagi dia perlu memikul peranan membesarkan adik kecilnya, Danish (Aiman Badrul) yang selama ini dibenci, namun sekarang menjadi sumber kekuatannya dalam meneruskan hidup.

Mereka hidup sebatang kara, sebelum Fira dilamar Affan (Saharul Ridzwan).

   

Asalnya Fira enggan lagi bersemuka dengan Affan, semuanya gara-gara kisah lama mereka yang telah memalukan dirinya!

Namun mereka sudahnya disatukan jua sebagai pasangan suami isteri, biarpun mendapat tentangan daripada Nadia (Iman Suhana), sepupu Affan yang awalnya hendak dijodohkan Opah (Fadilah Mansor) dengan jejaka itu.

Dian (Puteri Sarah Liyana), adik Affan yang juga sahabat rapat kepada Fira, termakan hasutan Nadia hingga sanggup menghalau kakak iparnya itu.

Pelbagai dugaan menguji keutuhan rumah tangga Affan dan Fira sehinggakan Fira sudah berputus asa, lantas menghilangkan diri.

Adakah Fira dapat bersabar dan bertahan lagi atau sudah tiba masanya untuk dia mengalah dan melepaskan segala yang dipertahankan?

drama sabarlah duhai hati

Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia

   

Pelakon

Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli merupakan tonggak utama dalam drama yang turut dijayakan Aiman Badrul, Iman Suhana, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Kodi Rasheed, Danish Hazriq, Emelda Rosemila, Balkisyh Semundur Khan, Pablo Amirul, Hisyam Bakar, Fadilah Mansor dan Haleeda.

Baca: Biodata Saharul Ridzwan

Baca: Biodata Amyra Rosli

Baca: Biodata Iman Suhana

Baca: Biodata Puteri Sarah Liyana

Baca: Biodata Izzue Islam

Baca: Biodata Balkisyh Semundur Khan

novel sabarlah duhai hati

Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sentuhan pengarah Mohd Fazli Yahya dan Eez Jalaluddin, serta diterbitkan oleh produksi Suhan Movies & Trading.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Hanyut

Penyanyi: Black Hanifah

Komposer: Adi Pawana

Penulis lirik: Rudy Nastia

        

sabarlah duhai hati episod

Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia

    

Waktu Siaran

Disiarkan menerusi slot Akasia, saluran TV3 bermula 28 April 2021, setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam selama 35 episod.

   

Turut dimuatkan di aplikasi iQIYI Malaysia.

        

Kredit video: Sabarlah Duhai Hati Official Trailer | iQiyi Malaysia

   

Kredit video: Sabarlah Duhai Hati Episod 1 | iQiyi Malaysia

   

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Novel Sabarlah Duhai Hati




Hakcipta iluminasi.com (2017)