Oleh pada 06 May 2021 kategori

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

'Cukup Derita Itu' merupakan sebuah drama berepisod Malaysia 2021 adaptasi daripada novel dengan judul sama karya Siti Rosmizah yang bakal menemui penonton slot Samarinda TV3 mulai 6 Mei 2021.

Menggantikan siri Penjara Janji, drama ini menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Sera Melissa dan ramai lagi.

cukup derita itu

Kredit foto: Drama Sangat

Sinopsis

Ellani (Ruhainies) dan Ellana (Chacha Maembong), pasangan kembar tidak seiras, dijaga oleh ibu saudara mereka, Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid) selepas kematian kedua ibu bapa mereka.

Namun nasib mereka berdua amat berbeza. Layanan baik Mak Ngah lebih berpihak kepada Ellana, manakala Ellani pula diperlakukannya seperti hamba.

Apabila dewasa, konflik mereka bertambah hangat dengan kehadiran Zarul Zafran (Hisyam Hamid) yang mana pensyarah tampan itu sepatutnya mengahwini Ellana, namun tiba-tiba berubah hati pada Ellani selepas satu kemalangan yang menimpa.

Demi kebahagiaan wanita yang sudah dianggap seperti ibu, Ellani akur menerima Zarul.

Perkahwinan yang didirikan tidak menjanjikan kebahagiaan yang diharap, apabila Mak Ngah dan Ellana terus menerus menaruh dendam pada Ellani.

Rumah tangga Ellani juga goyah diuji perubahan sikap Zarul yang tidak diduga.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cukup Derita Itu Musim 2

cukup derita itu drama

Kredit foto: Instagram Ruhainies

Pelakon

Diterajui Hisyam Hamid dan Ruhainies.

Turut sama, pelakon Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Farhan Asri, Sera Melissa, Didie Alias, Dian P Ramlee, Lia Natalia, Balkisyh Semundur Khan, Arash Mohamad, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari dan Mubarak Majid.

Baca: Biodata Hisyam Hamid

Baca: Biodata Ruhainies

Baca: Biodata Chacha Maembong

Baca: Biodata Farhan Asri

Baca: Biodata Lia Natalia

Baca: Biodata Balkisyh Semundur Khan

novel cukup derita itu

Kredit foto: Instagram Ruhainies

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Garapan pengarah Along Kamaludin dan terbitan oleh produksi SR One Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Cukup Derita Itu

Tajuk: Cukup Derita Itu

Penyanyi: Siti Nordiana

Komposer: Tam Spider

Penulis lirik: Siti Rosmizah

   

Tajuk: Pergilah Derita

Penyanyi: Asfan Shah & Lia Aziz

cukup derita itu episod

Kredit foto: Drama Sangat

Waktu Siaran

Bermula 6 Mei 2021, tayangan selama 20 episod di slot Samarinda saluran TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Juga boleh distrim di laman video dalam talian, iQIYI.

Kredit video: Cukup Derita Itu | Official Trailer | iQiyi Malaysia

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Novel Cukup Derita Itu




Hakcipta iluminasi.com (2017)