Oleh pada 15 Aug 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Jika anda sedang mencari peluang untuk menonton pilihan drama terbaik, saluran TV3, tidak syak lagi, menyediakan slot drama TV paling berpengaruh di Malaysia.

Slot drama di TV3 seperti Akasia, Lestary dan Samarinda tidak pernah menghampakan peminat drama Melayu. Terdapat banyak siri yang telah meninggalkan kesan yang begitu besar kepada penontonnya.

Seleksi ini adalah antara siri rantaian cadangan penulis untuk pembaca:-

       

Senarai 10 Drama Malaysia Terkini (TV3) Mesti Tonton - Juga Tersedia Secara Online!

Risik Pada Hati (Slot Akasia TV3)

drama tv3 386

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Malang kerana tidak dikurniakan anak dalam perkahwinan, Hafya berkongsi kasih dan melepaskan perkahwinan suaminya Adam dengan wanita lain iaitu Aisya demi mendapatkan zuriat.

Namun layanan Adam terhadap Hayfa setelah dimadukan membuatkan dia rasa terpinggir. Konflik memuncak apabila Adam menceraikan Hayfa di hadapan Aisya.

Platform online: Disney+ Hotstar

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Risik Pada Hati

Biarkan Ia Pergi (Slot Samarinda TV3)

drama melayu 721

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Kerana dosa yang ditanggungnya, Zaquan yang telah menodai Alisa menunjukkan kekesalannya dan ingin mendekati dan menawan kembali hati Alisa.

Jodoh itu sememangnya misteri. Mampukah Alisa menerima jodoh yang ditakdirkan untuknya, lelaki yang pernah menghancurkan masa silamnya?

Platform online: Disney+ Hotstar

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Biarkan Ia Pergi

Hatimu Sedingin Salju (Slot Akasia TV3)

drama melayu online 598

Kredit foto: Instagram Hisyam Hamid

    

Apabila kawan baiknya, Haikal meminati wanita yang sama, Arman mengorbankan perasaannya terhadap Rania lebih-lebih lagi apabila mendapat berita mereka sudah bertunang.

Namun kerana jodoh yang panjang, mereka bertemu semula dan jatuh cinta buat kali kedua, namun kebahagiaan mereka dirampas sekali lagi dengan kehadiran orang ketiga iaitu adik Arman.

Platform online: IQIYI

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hatimu Sedingin Salju

Tarik Aku Ke Syurga (Slot Samarinda TV3)

drama melayu tv3 861

Kredit foto: Instagram Creative Skill Solution

    

Di hadapan orang tuanya, Zamri tampil sebagai seorang anak yang matang. Lakonan Zamri tidak bertahan lama apabila ibunya, Hajah Raudhah terjumpa fotonya sedang bersosial di sebuah kelab malam.

   

Zamri mengahwini Zara secara paksa demi mendapatkan keampunan ibunya. Namun, kisah ‘gelap’ masa lampau Zamri kembali terbongkar sehingga menyukarkan Zara untuk menerima hakikat itu.

Platform online: IQIYI

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Tarik Aku Ke Syurga

Melastik Ke Hatimu (Slot Lestary TV3)

drama terbaru tv3

Kredit foto: Instagram Andi Bernadee

Haura berkahwin dengan bosnya, Ziyyad walaupun dia tidak mahu kerana dia sudah mempunyai teman lelaki.

Kebahagiaan yang diharapkan Ziyyad untuk dicintai isterinya tidak menjadi kerana Haura sentiasa mencari jalan untuk bercerai.

Namun kebaikan Ziyyad menjerat Haura dengan perasaan cinta yang sukar untuk dia nafikan.

Platform online: IQIYI

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Melastik Ke Hatimu

Anak Sena (Slot Lestary TV3)

drama sangat tv3 167

Kredit foto: Instagram Ben Amir

'Terasa' selepas dimarahi Cikgu Amir, Wadi merajuk berlari ke arah bandar sehingga merisaukan bapanya, Sena dari perkampungan Orang Asli yang terpaksa berdepan pelbagai cabaran dalam pencariannya.

Drama yang mengetengahkan kehidupan masyarakat Orang Asli ini mendapat banyak pujian atas keberanian penciptanya menawarkan kelainan kepada naskhah tempatan.

Platform online: Disney+ Hotstar

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anak Sena

Do You Love Me, Captain? (Slot Lestary TV3)

drama tv3 2022

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose Sabrina

    

Tindakan seorang lelaki yang menyelamatkan wanita yang dianiaya oleh ibu saudaranya, membawa takdir wanita itu sebagai isteri, tetapi menyamar sebagai pembantu rumah kepadanya untuk menyembunyikan status sebenar.

Platform online: Disney+ Hotstar

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Do You Love Me, Captain?

Kerana Dia Suka (Slot Lestary TV3)

drama melayu best 851

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Wardina dan Idham saling menyayangi. Namun Wardina sedar dia menyintai seseorang yang tidak boleh dicintai kerana Idham telah berjanji dengan seorang wanita lain yang juga tunangnya.

Apabila ter'jodoh' dengan tunang orang, bolehkah Wardina menafikan perasaannya?

Platform online: Disney+ Hotstar

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kerana Dia Suka

Sayang Tak Dikenang (Slot Akasia TV3)

drama melayu terbaru 119

Kredit foto: Instagram Ruhainies

Berkisar tentang konflik persahabatan, kejujuran, kesetiaan, cinta dan dendam, Sayang Tak Dikenang mengikuti kisah dua sepupu, Ayu dan Hattin, yang memendam perasaan cinta kepada lelaki yang sama, dan kemudian ujian datang untuk menguji hubungan mereka.

   

Platform online: Disney+ Hotstar

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Sayang Tak Dikenang

Kau Cipta Kasih (Slot Samarinda TV3)

tonton drama tv3

Kredit foto: Instagram Disney+ Hotstar

    

Kisah pengorbanan seorang kakak memainkan peranan utama dalam memberi kehidupan kepada adik-adiknya - yang kehilangan kasih sayang kedua ibu bapa mereka yang bermasalah.

   

Platform online: Disney+ Hotstar

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kau Cipta Kasih

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik pautan >> Iluminasi Kategori Drama

Jadual terkini tayangan slot popular

Slot Akasia TV3 - setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam

Slot Lestary TV3 - setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam

Slot Samarinda TV3 - setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam




Hakcipta iluminasi.com (2017)