Oleh pada 26 Apr 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Remy Ishak

Tahun 2021 dan 2022 menyaksikan lambakan naskhah drama tempatan yang diminati ramai.

Kebanyakan drama yang diterbitkan ini bukan sahaja berjaya mencecah rating tinggi dan sohor kini di media sosial, malah turut tidak mengetepikan kualiti dalam penghasilan.

Beberapa siri TV ini wajib berada dalam senarai 'mesti tonton' anda.

Berikut 10 antaranya yang penulis syorkan:

   

10 Drama Melayu Terkini & Terbaik 2021 / 2022 Yang Boleh Tonton Secara Online!

7 Hari Mencintaiku 3 (Slot Akasia TV3)

drama tv3 82

Kredit foto: Instagram Nur Dhia Irdina

Berkahwin dan hidup bahagia selamanya menjadi harapan buat Khuzairi dan Mia Adriana, namun dugaan perlu ditempuhi mereka apabila sesuatu yang tidak diingini terjadi.

Selepas tragedi yang lalu, sikap Nurul Ain masih dianggap tidak berubah oleh Mak Leha yang enggan memaafkannya.

Mak Leha dan Pak Samad juga menangani masalah yang melibatkan isu rumah tangga Sofi dan Helmi, juga Nadia dan Zaidi.

Platform online: iQiyi

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod 7 Hari Mencintaiku 3 Yang Ramai Tak Tahu!

Khilaf Asmara (Slot Samarinda TV3)

drama khilaf asmara 911

Kredit foto: Instagram Radius One Sdn Bhd

Perkahwinan Irma dan Luqman hampir musnah namun bukan disebabkan orang luar, tetapi godaan adik beradik tiri sendiri.

Segalanya diperdagangkan Hanim demi mengejar darjat dan kedudukan.

Platform online: Disney+ Hotstar

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Khilaf Asmara Yang Ramai Tak Tahu!

Scammer 2 (Astro Ria)

drama 464

Kredit foto: Instagram Astro Malaysia

Mengisahkan scammer yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama.

Membawa perwatakan yang sangat alim, baik hati dan ramah mesra, serta identiti sebagai ustaz merupakan antara taktik penipuannya bagi menjual tanah, mengutip derma dan menggunakan anak yatim bagi memperdaya mereka yang naif dan baik hati.

Platform online: Astro Go

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Scammer 2

Kuasa (Astro Citra)

drama melayu 2022 683

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Kisah satu keluarga paling berpengaruh dalam dunia hiburan. Ketua keluarganya adalah hartawan dalam perfileman.

Episod perebutan kuasa berlaku di kalangan ahli keluarga ini yang ingin menguasai empayar selepas bapanya mengumumkan persaraan daripada bidang seni.

Platform online: Astro Go

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuasa

Kisah Cinta Kita (Slot Akasia TV3)

drama melayu online 113

Kredit foto: Instagram Aedy Ashraf

Alisa dibayar Amer untuk menyamar sebagai Natasya, kerana memiliki rupa paras yang seiras. Alisa menyambut tawaran kerja itu demi menampung kos pembedahan ibunya, namun perancangan asal telah membawa Alisa ke jinjang pelamin bersama Amer. Adakah cinta bakal terbit antara mereka?

Platform online: Disney+ Hotstar

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kisah Cinta Kita

Diari Seorang Suami (Slot Lestary TV3)

tonton drama melayu 980

Kredit foto: Instagram Afieq Shazwan

Perkahwinan tanpa restu yang didirikan Neesa dan Hairi pada usia yang sangat muda, diuji selepas kematian anak mereka.

Mereka menjadi gelandangan di ibu kota tanpa arah tuju hidup dan pekerjaan tetap.

Platform online: Youtube Drama Sangat Official

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Diari Seorang Suami

Terlerai Noktah (Slot Samarinda TV3)

drama melayu tv3 479

Kredit foto: Instagram Hariz Hamdan

Jasmine seorang jururawat yang baru bekerja di sebuah hospital psikiatri milik Dr. Rudi, di mana dia mendedahkan kebenaran yang mengejutkan berkaitan misteri kehadiran pesakit baru bernama Hani.

Platform online: Disney+ Hotstar

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terlerai Noktah

Ex Aku Pontianak (Astro Ria)

drama melayu best 387

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Malik tidak tahu Bella adalah seekor pontianak kecuali selepas dia 'kantoi' bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Sejak itu, Malik diganggu Bella yang bertindak memutuskan perhubungan mereka serta ingin membalas dendam.

Suraya, seorang pemburu pontianak membantu Malik untuk menangkap Bella dan zombie suruhannya!

Platform online: Astro Go

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Ex Aku Pontianak

Jangan Ganggu Jodohku (Slot Megadrama Astro Ria)

drama melayu terbaru

Kredit foto: Instagram Shaza Bae

  

Kerana menolak saka yang sepatutnya diwarisi, seorang wanita mengalami gangguan aktiviti ghaib yang tidak dapat dijelaskan.

Platform online: Astro Go

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jangan Ganggu Jodohku

Semanis Senyumanmu (Slot Akasia TV3)

tv3 drama

Kredit foto: Instagram Parallax Pictures

Pertemuan atas dasar minat dalam bidang makanan dan minuman (F&B) telah membuka ruang cinta antara dua insan, diselangi drama dalam kisah perhubungan mereka.

Platform online: Disney+ Hotstar

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Semanis Senyumanmu

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)