Oleh pada 20 Jun 2023 kategori

     

Drama Melayu daripada TV3 terus mencuri perhatian ramai penonton, lebih-lebih lagi apabila ia boleh diikuti melalui platform digital seperti Tonton yang menjadikan akses lebih mudah.

       

drama tv3 59863

Kredit foto: Instagram Tonton

       

Lagi pula, tahun ini akan menyaksikan beberapa lagi karya baharu dengan pelakon-pelakon popular yang akan menemui penonton.

         

drama melayu 2023 11399

Kredit foto: Instagram Trisha Ooi

        

Berikut adalah antara 10 cadangan drama menarik dari TV3 untuk ditonton sepanjang tahun 2023.

       

10 Drama Malaysia Terkini (TV3) Berserta Sinopsis- Juga Tersedia Online!

       

Bunga, Aku Tunggu (Slot Samarinda TV3)

drama malaysia 89867

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

'Bunga, Aku Tunggu' mengikuti kisah seorang jurutera komputer, Kamal Iman yang terkenal sebagai seorang genius di tempat kerjanya. Kamal mempunyai hati yang baik dan sentiasa memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, namun, disebabkan kekurangannya dalam bersosial, dia sering menjadi sasaran buli di kalangan teman-teman sekerjanya. Dia bertemu dengan seorang rakan sekerja baru bernama Bunga, seorang gadis yang manis, baik hati dan peramah, lalu perhatiannya terpaut kepadanya. Dari rasa sukakan peribadi Bunga itu, kini perasaan itu semakin meluap-luap dan berubah menjadi obsesi yang berbahaya, sehingga dia sanggup melakukan apa saja terhadap orang-orang di sekitarnya yang menyakiti hati Bunga.

       

Platform Online: iQIYI

       

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Aku Tunggu

        

Segenap Takdir (Slot Sakura TV3)

drama 01583

Kredit foto: Instagram Siti Khadijah Halim

        

Segenap takdir berkisar tentang Azlan, tunangan Nadira yang menjadi idaman Haryani, seorang gadis kampung yang bercita-cita memiliki kehidupan yang mewah di ibu kota. Kehadiran lelaki kaya seperti Azlan memotivasikan Haryani untuk berusaha meraih cintanya. Perlakuan Haryani telah menyebabkan kemalangan yang mengakibatkan Nadira terlantar dalam keadaan koma. Demi keselamatan nyawa Nadira, Azlan bersetuju untuk menikahi Haryani sebagai isteri.

      

Platform Online: Tonton

      

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Segenap Takdir

      

Perempuan Itu (Tonton)

perempuan itu 57800

Kredit foto: Instagram Tonton

        

Menceritakan kisah Khalish yang diarahkan oleh ibu bapanya untuk mengambil alih Madrasah Mujahidah, meskipun cita-cita Khalish ingin menjadi seorang Peguam Syariah. Bimbang dengan pemikiran moden Khalish membawa kepada ibu bapanya merancang perkahwinan antara Khalish dan Emir, anak kawan rapat mereka. Selepas berlalu empat tahun, perkahwinan mereka diuji dengan dugaan apabila terbongkar rahsia yang disimpan rapi oleh Emir, iaitu hubungan gelapnya dengan wanita bernama Seira.

*Drama ini dijangka akan menyusul tayangannya di kaca TV3.

        

Platform Online: Tonton

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Perempuan Itu

         

Saat Hilang Cintamu (Telefilem Slot Cerekarama TV3)

cerita melayu 13522

Kredit foto: Tonton

       

Telefilem 'Saat Hilang Cintamu' ini menggambarkan kisah tentang kesetiaan seorang suami bernama Razil yang merupakan penyokong kuat kepada isterinya, Salina. Namun, apabila kawan-kawan Salina memperlekehkan dan mencemuh Razil, hubungan mereka terjejas kerana Salina terpengaruh dengan pendapat mereka. Ketika Salina memutuskan untuk menjalani sesi kaunseling dengan pakar kaunseling, dia berkenalan dengan pakar kaunseling itu yang pada masa yang sama menyimpan perasaan yang istimewa terhadapnya. Mereka terjerat dalam perasaan dan mulai terlanjur. Walaupun Salina curang dan terlibat dalam hubungan sulit dengan lelaki lain, Razil tetap setia menjaga Salina yang terlantar lumpuh, serta sanggup untuk merujuk kembali perkahwinan mereka.

      

Platform Online: Tonton

      

Baca: Info Dan Sinopsis Telefilem Saat Hilang Cintamu

       

Sekali Aku Bahagia (Slot Sakura TV3)

drama sangat 62136

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Membawakan kisah Aireen yang terpesona dengan Muaz. Walaupun Muaz sudah terikat dengan perkahwinan bersama Rania, Muaz mengambil keputusan untuk melangsungkan pernikahan dengan Aireen, yang juga merupakan adik kepada majikannya, Naufal. Tujuannya adalah untuk menjaga kedudukan dan reputasinya di tempat kerja.

Selepas mereka berkahwin, ketika rahsia ini terbongkar ke pengetahuan Aireen yang pada masa itu sedang hamil, dia berasa sangat dikhianati dan terluka. Tekanan yang berlebihan menyebabkan dia jatuh sakit dan mengalami keguguran yang mengakibatkan kehilangan anaknya. Kerana sayang pada adiknya, Naufal merancang untuk mengakhiri riwayat Rania.

       

Platform Online: Tonton

       

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Sekali Aku Bahagia

       

Mendarat Di Syurga (Telefilem Slot Cerekarama TV3)

tonton drama melayu 15633

Kredit foto: Instagram Silfeny Osman

        

Mendarat Di Syurga mengimbau kembali tragedi pesawat MH17 yang terhempas serta misteri hilangnya pesawat MH370 hampir satu dekad yang lalu, yang masih berbekas di hati. Plot ini menyaksikan momen terakhir para penumpang sebelum pesawat JK566 Eriqa Airways yang sepatutnya berangkat ke Genovia, mengalami kejadian nahas. Kehidupan ahli keluarga dan sahabat Khalif bersama Dyan, dua individu yang tidak pernah bertemu sebelumnya, mengalami perubahan yang drastik sejak insiden itu.

      

Platform Online: Tonton

       

Baca: Info Dan Sinopsis Telefilem Mendarat Di Syurga

       

Bintang (Slot Lestary TV3)

drama melayu best 21053

Kredit foto: Instagram Daniel Fong

       

Bintang membawakan kisah cinta yang berbeza darjat dan agama antara Iris dan Thiraak, dua remaja yang belajar di sekolah menengah yang sama. Thiraak merupakan keturunan Siam, sementara Iris adalah pelajar Melayu dan berasal dari keluarga yang berada.

Apabila Mustafa yang berusaha mendapatkan cinta Iris gagal mencapainya, dia memaklumkan ibu bapa Iris tentang hubungan Iris dengan Thiraak. Akibatnya, Iris dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Setelah kematian kedua ibu bapa Iris, Iris pulang semula ke Malaysia. Namun, adakah ada peluang cinta Iris dan Thiraak bersatu selepas berpisah begitu lama?

      

Platform Online: Tonton

       

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bintang

        

Malam Zulaikha (Slot Samarinda TV3)

drama melayu online 76928

Kredit foto: Instagram Sweet Qismina

       

Menceritakan seorang remaja bernama Zulaika yang gemar menyendiri, menghadapi gangguan mistik sejak berusia 20 tahun. Ustaz Rahim mendapati bahawa Zulaikha, pelajar tahun akhir di sebuah kolej itu, mewarisi pendamping yang diturunkan kepadanya. Hal ini mendorong Zulaikha untuk pulang ke kampung halaman demi mencari kebenaran. Nenek Zulaikha, Engku Salbiah, bagaimanapun tidak senang dengan kepulangannya, manakala Mak Som, bidan yang menyambut kelahiran Zulaikha dahulu, membangkitkan semula kisah silam gadis itu.

      

Platform Online: Tonton

      

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Malam Zulaikha

       

Diva Seroja (Slot Lestary TV3)

drama melayu terbaru 32810

Kredit foto: Instagram Kashika Selvam

     

Diva Seroja mengisahkan kehidupan lima pelajar yang bernama Amanda, Maya, Vivi, Shanty dan Leyla. Mereka memiliki bakat dalam seni dan sukan, namun seringkali mengalami masalah disiplin di sekolah. Ketika Cikgu Azlan, guru kesayangan mereka, dipindahkan, Cikgu Suzila datang menggantikannya. Cikgu Suzila adalah seorang guru yang lembut dan penyayang, yang berusaha untuk mempengaruhi anggota Diva Seroja untuk menyertai kelab kebudayaan. Apakah Cikgu Suzila dapat mengubah mereka menjadi individu yang lebih baik?

      

Platform Online: Tonton

      

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Diva Seroja

        

Tentang Hati Dia (Slot Akasia TV3)

drama terbaru tv3 00591

Kredit foto: Instagram Trisha Ooi

      

Konflik permusuhan yang berpanjangan antara Tiara dan Syed Wafi berakhir ke alam perkahwinan. Tiara sukar untuk mempercayai bagaimana Syed Wafi, yang selalu mencemuhnya, kini menjadi suaminya. Pada hakikatnya, Tiara adalah wanita impian Syed Wafi sepanjang masa. Keangkuhannya terhadap Tiara selama ini hanyalah untuk mendapatkan perhatian. Namun, tidaklah mudah bagi mereka untuk membina mahligai perkahwinan jika tidak didasari oleh cinta. Kasih sayang Tiara yang diidamkan oleh Syed Wafi sangat mahal. Mampukah Syed Wafi bersabar menanti cinta dari isterinya sendiri?

      

Platform Online: IQIYI

          

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Tentang Hati Dia

         

Untuk info penuh dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

       

Untuk lebih senarai drama melayu 2023, baca artikel: 10 Drama Melayu Terbaru 2023 Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

       

Jadual terkini tayangan slot popular

Slot Akasia TV3 - setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam

Slot Lestary TV3 - setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam

Slot Samarinda TV3 - setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)