Oleh pada 15 Mar 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Projek: Anchor SPM merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan sutradara Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf, siaran saluran Astro Citra mulai 15 Mac 2021.

Drama bersiri premium yang menggunakan jenama Astro Originals ini bakal menggantikan siri Kampong Pisang Bersiri-Siri yang baru sahaja melabuhkan tirai.

Berlatarbelakangkan tahun 2003, 'Projek: Anchor SPM' membawa kisah fiksyen yang diinspirasikan daripada pengalaman sekumpulan pelajar dalam menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Projek Anchor SPM Yang Ramai Tak Tahu!

projek anchor spm cast

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sinopsis

Mengangkat kisah para pelajar tingkatan lima di sekolah berasrama penuh berprestij, Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) yang terletak di Cameron Highlands.

Aizat (Aedy Ashraf), seorang pelajar yang terdesak mahu mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Dengan bantuan Aaidaa (Daiyan Trisha), mereka mula mencipta pelan bagi memastikan keseluruhan tingkatan mereka mencapai kejayaan cemerlang dengan menggunakan strategi meniru secara besar-besaran!

bad genius

Kredit foto: Instagram Razaisyam Rashid

Pelakon

Lakonan Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, Shasha Abedul dan Chubb-E.

Turut diketengahkan, Fadhli Masoot, Daniella Sya, Taufiq Izmir, Danish Hazriq, Hasnul Rahmat, Susan Lankester, Adlin Aman dan Tony Eusoff.

Baca: Biodata Aedy Ashraf

Baca: Biodata Daiyan Trisha

Baca: Biodata Nadhir Nasar

Baca: Biodata Shasha Abedul

Baca: Biodata Chubb-E

Baca: Biodata Daniella Sya

projek anchor spm sinopsis

Kredit foto: Instagram Razaisyam Rashid

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan bersama pengarah filem Pusaka, Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf. Sebuah karya produksi Alpha47 Films dan Astro Shaw.

       

project anchor spm  

Kredit foto: Instagram Razaisyam Rashid

Waktu Siaran

Siaran slot Astro Originals selama 8 episod, mulai 15 Mac 2021, setiap Isnin, jam 9 malam di saluran Astro Citra.

Secara alternatif, tonton secara strim di platform Astro GO atau On Demand.

     

projek anchor spm pelakon

projek anchor spm episod

Kredit foto: Instagram Razaisyam Rashid

projek anchor spm movie

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Kredit video: Projek Anchor SPM - Official Trailer [HD]

Kredit video: TAYANGAN PERDANA PROJEK ANCHOR SPM

    

Sumber:

1. Pertarungan Bermula! Projek: Anchor SPM Bakal Beraksi 15 Mac Ini!

2. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)