Oleh pada 18 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Instagram iQiyi Malaysia

Budak Tebing Musim 2 merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021 yang juga kesinambungan dari drama dengan judul sama pada tahun lalu.

13 episod musim pertama telah berjaya merekodkan 10 juta tontonan secara keseluruhan.

pelakon budak tebing 2

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Kesinambungan kisah kehidupan Tongki (Aedy Ashraf), Arif (Adam Lee) dan Talam (Firdaus Ghufran) yang gagal ke PULAPOL (Pusat Latihan Polis).

Tongki kini menetap bersama bapanya dan mencari pendapatan dengan bekerja sebagai 'rider' penghantar makanan. Dia menjaga kebajikan bapanya, meskipun terus menerus dikhianati.

Arif bersama Yoyol (Fariz Isqandar) yang ditinggalkan ibu mereka, Aida, dikejutkan dengan kepulangan bapa mereka, Afendi (Fauzi Nawawi).

   

Manakala sikap Yoyol yang semakin biadab memaksa Arif untuk menegur adiknya itu.

Laura (Bella Dowanna) yang tidak jadi terbang ke London, kini dalam usaha menjejak ibu kandungnya.

Ira (Eyka Farhana) pula membantu dua kanak-kanak jalanan yang kemudian membawa kepada satu pendedahan serta dendam terhadap Budak Tebing!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Budak Tebing Musim 1

budak tebing 2 episod

Kredit foto: Instagram JalenaRejab

Pelakon / Cast

Watak-watak dijayakan pelakon Aedy Ashraf, Adam Lee, Eyka Farhana, Bella Dowanna, Fariz Isqandar, Imran Aqil (Hero Remaja 2020), Syafie Naswip, Firdaus Ghufran, Nelissa Nizam, Zarina Zainuddin, Pablo Amirul dan Fauzi Nawawi.

Baca: Biodata Adam Lee

Baca: Biodata Aedy Ashraf

Baca: Biodata Eyka Farhana

Baca: Biodata Bella Dowanna

Baca: Biodata Fariz Isqandar

Baca: Biodata Imran Aqil

Baca: Biodata Zarina Zainuddin

Baca: Biodata Firdaus Ghufran

Baca: Biodata Syafie Naswip

Baca: Biodata Nelissa Nizam

Baca: Biodata Pablo Amirul

sinopsis budak tebing 2

Kredit foto: Instagram Country Universal Sdn Bhd

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama yang diarahkan oleh Feroz Kader ini merupakan terbitan daripada produksi Country Universal Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Joe Flizzow - CIAO (Official Music Video) ft. MK, Jay Park

Tajuk: CIAO

Penyanyi: Joe Flizzow feat. MK, Jay Park

Komposer: Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions

Penulis lirik: Joe Flizzow, MK, Jay Park

budak tebing 2 cast

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Ditayangkan menerusi slot Lestary TV3 mulai 18 Jun 2021, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam, siaran selama 13 episod.

Juga boleh ditonton di platform video iQiyi.

   

Kredit video: Aku dah muak dengan kau! | Budak Tebing 2 Episode 1 -1 | iQIYI Malaysia

pelakon budak tebing 531

budak tebing 268

budak tebing episod 249

Kredit foto: Instagram Country Universal Sdn Bhd , Instagram JalenaRejab & Instagram Adam Lee

       

Sumber:

1. Drama Sangat

2. TV3 Malaysia

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)