Oleh pada 21 Jan 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

'Takdir Yang Tertulis' merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia 2021 oleh pengarah Shahrulezad Mohameddin, menampilkan gandingan pelakon Nazim Othman, Nad Zainal, Alvin Chong dan Elvina Mohamad.

Siri slot Samarinda TV3 ini ke udara mulai 21 Januari 2021.

   

takdir yang tertulis episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Sinopsis

Mengisahkan konflik perhubungan antara empat sahabat sekolej - Azlan (Nazim Othman), Juweta (Nad Zainal), Ean (Alvin Chong) dan Ruhila (Elvina Mohamad).

Ruhila merupakan teman rapat kepada Juweta.

Juweta, seorang wanita tegas dengan ego tinggi melangit yang juga kekasih kepada Azlan - lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja atas nama cinta.

Ruhila yang berpasangan dengan Ean, merupakan seorang wanita positif sebelum takdir mengubah dirinya menjadi seorang yang berbeza.

Kisah bermula apabila Azlan dan Juweta, sepasang suami isteri yang sering bertengkar, bakal berpisah apabila Azlan melafazkan cerai terhadap Juweta.

Azlan merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta pula memegang peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat milik keluarganya.

Azlan menikahi Juweta hanya kerana permintaan oleh Ruhila dan atas faktor harta dan wang ringgit.

Juweta yang kecewa dengan sikap Azlan, akhirnya bertindak ingin memecat lelaki itu, namun dia pula dikejutkan dengan satu khabar buruk oleh peguam syarikat.   

   

Baca: 12 Fakta Drama Takdir Yang Tertulis Yang Ramai Tak Tahu!

   

drama takdir yang tertulis

Kredit foto: Instagram @fazli_radius1

   

Pelakon

Ditunjangi Nazim Othman, Nad Zainal, Alvin Chong dan Elvina Mohamad.

Lakonan bersama Iman Suhana, Muaz Fitri Maslan, Afidah Bee, Uchee Fukada, Isaac Iman dan Didie Alias.

   

Baca: Biodata Nazim Othman

Baca: Biodata Nad Zainal

Baca: Biodata Alvin Chong

Baca: Biodata Elvina Mohamad

Baca: Biodata Uchee Fukada

Baca: Biodata Iman Suhana

Baca: Biodata Muaz Fitri Maslan

       

novel takdir yang tertulis

Kredit foto: Instagram Radius One

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya arahan Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat), terbitan produksi Radius One.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Jaz, Kaka Azraff - Karma | OST “Takdir Yang Tertulis” (Official Lyric Video)

   

Tajuk: Karma

Penyanyi: Jaz, Kaka Azraff

Komposer: Farouk Roman

Penulis lirik: Aisha Retno

  

sinopsis takdir yang tertulis 36

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Waktu Siaran

Bermula 21 Januari 2021, tayangan 15 episod, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, terbaharu di slot Samarinda TV3.

    

Kredit video: Di Sebalik Tabir Takdir Yang Tertulis

       

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Takdir Yang Tertulis

2. Drama Sangat

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)