Oleh pada 31 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia , Instagram Rita Nadira , Instagram Bella Luna

        

Drama-drama menarik yang mengisi skrin TV3 sepanjang tahun ini kami bariskan dalam senarai ini!

         

drama melayu 89635 116

Kredit foto: Instagram Rita Nadira

        

      

10 Drama Melayu TV3 Terkini Berserta Sinopsis

        

Aku Yang Kau Sakiti (Slot Samarinda TV3)

drama tv3 11583 108

Kredit foto: Instagram Rita Nadira

       

Amanda, seorang anak yatim yang dijaga oleh keluarga Tuan Zaki, berhasrat untuk merosakkan perhubungan dalam keluarga Tuan Zaki dan meruntuhkan perniagaannya. Semua ini berlaku disebabkan dendam yang sudah lama bersemadi akibat kisah lalu, yang melibatkan kematian ayahnya yang pernah berkhidmat dengan Tuan Zaki. Selain itu, Amanda juga berasa cemburu terhadap kehidupan yang serba sempurna milik Bella, anak kepada Tuan Zaki, dan dia ingin berada di posisi yang sama. Apakah yang akan dilakukannya?

        

Platform Online: iQIYI

       

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Yang Kau Sakiti

          

Rajuk Karina (Slot Akasia TV3)

drama melayu 2023 19863 507

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Kesilapan dalam memilih pasangan menyebabkan Karina menderita dalam perjalanan kehidupannya. Perkahwinannya dengan Saiful amat mencabar kesabarannya, sambil diuji dengan sikap ibu mentuanya yang kejam. Setelah diceraikan ketika sedang hamil, pertemuan semula dengan sepupunya, Mizan, di sebuah universiti swasta, membawa kebahagiaan kembali. Karina dan Mizan membuat keputusan untuk berkahwin, namun ada pihak yang tidak senang melihat Karina gembira dengan hidup barunya.

        

Platform Online: Tonton

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Rajuk Karina

        

Luruhnya Bunga Cinta (Slot Akasia TV3)

drama melayu tv3 36872 509

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Nuha terkejut mengetahui bahawa dia bukanlah anak kandung kepada keluarga Nuh, tetapi sebaliknya, dia adalah anak keluarga Aara, musuhnya di sekolah, dan perubahan besar berlaku selepas dia kembali kepada keluarga kandungnya yang miskin. Selepas menyedari bahawa mereka bukanlah adik-beradik, Nuh dan Nuha terpisah, namun cinta di antara mereka mula tumbuh sejak saat itu.

        

Platform Online: iQIYI

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta, Adaptasi Siri Korea, Autumn in My Heart

          

Pemburu Rahsia (Slot Samarinda TV3)

drama melayu online 55896

Kredit foto: Instagram Zeel Production

         

Setelah penemuan Damia yang meninggal dunia di sekitar kawasan kolej, kakaknya, Aliya membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi mencari jawapan kepada misteri ini. Aliya menerima mesej dari sebuah akaun di Instaspace yang menjadi petunjuk dalam kes ini. Dia berazam untuk membuktikan bahawa lima pelajar kolej yang telah lama membuli Damia dalam alam siber, bersalah atas kematian adiknya. Dia mendapat sokongan dari Sir Waiz, seorang kaunselor dalam usaha mencari keadilan untuk adiknya. Dalam pada itu, dia tidak sedar bahawa seseorang sentiasa mengawasi gerak-gerinya dan berhasrat untuk mengancam nyawanya!

        

Platform Online: Tonton

       

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pemburu Rahsia

          

Melastik Ke Hatimu 2 (Slot Lestary TV3)

tonton drama melayu 55987

Kredit foto: Instagram Janna Nick

        

Kehidupan Ziyyad dan Haura semakin bermakna dengan kejayaan Ziyyad sebagai usahawan terkenal dalam industri pasaraya dan Haura sebagai pencipta konten yang ramai pengikutnya di media sosial. Ketika Fatin menjalani latihan praktikal di tempat kerja Ziyyad, dia mengambil peluang untuk merebut hati Ziyyad, sementara Haura yang menunggu kelahiran anak keduanya meminta Ain untuk mengintip Ziyyad di pejabat. Luqman, yang berminat kepada Fatin, sentiasa berusaha untuk menjauhkan Fatin daripada mendekati Ziyyad.

        

Platform Online: Tonton

         

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Melastik Ke Hatimu 2

         

Haloba (Slot Samarinda TV3)

drama melayu terbaru 63980

Kredit foto: Instagram Afifah Nasir

         

Disebabkan kesalahan yang telah dilakukan oleh Raif, Erina yang baru pulang dari luar negara berhasrat untuk membalas dendam dengan bantuan Hadi dalam misinya. Pada mulanya, Erina boleh melaksanakan hasratnya dengan mudah, tetapi keadaan ini tidak berterusan begitu. Apabila Erina mendapat pekerjaan di syarikat pembangunan milik Raif, dia berdepan dengan cabaran besar kerana Aliya, isteri pertama kepada Raif, dan ayahnya, Dato Kamal, mempunyai pengaruh kuat dalam syarikat tersebut. Tambahan pula, Misya, isteri kedua Raif, adalah seorang bekas pelakon yang terkenal dan bijak.

        

Platform Online: Tonton

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Haloba

         

Bukan Sekadar Lafaz (Slot Akasia TV3)

drama melayu terkini 68796 166

Kredit foto: Instagram Wanna Ali

        

Hud telah menyimpan perasaan terhadap Syikin sejak zaman sekolah, tetapi kini mereka berdua sudah mempunyai kekasih masing-masing. Namun, apabila Syikin terjebak dalam rancangan jahat Aein yang mengakibatkan kehamilannya, Syikin yang mengecewakan bapanya dipaksa berkahwin dengan Dr Firman untuk mengelakkan fitnah. Namun Dr. Firman menolak permintaan bapa Syikin membuatkan Hud sebagai gantinya, menyatakan kesediaan untuk bertanggungjawab terhadap Syikin demi menyelamatkan maruah mereka sekeluarga.

         

Platform Online: iQIYI

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz

         

Surat Dari Tuhan (Slot Samarinda TV3)

drama melayu best 63022

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Walaupun tanpa persetujuan ibunya, Ryan telah membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan dengan Misha, seorang wanita yang bersifat talam dua muka. Firasat seorang ibu menjadi kenyataan, iaitu apabila selepas berkahwin dengan Ryan, Misha mula menunjukkan warnanya yang sebenar. Sikap Misha terhadap ibu mentuanya sangat keras dan tidak berbelas kasihan. Kehadiran Suzana sebagai pelanggan yang setia bagaimanapun telah mempermudahkan Ryan dalam menangani cabaran dalam kehidupan peribadi serta masalah perniagaannya.

       

Platform Online: Tonton

       

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Surat Dari Tuhan

        

Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah (Slot Akasia TV3)

drama sangat 22587

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

       

Drama ini mengisahkan Dania, seorang gadis muda, yang terlibat dalam hubungan terlarang dengan Qabil, berakhir dengan kehamilan tanpa ikatan perkahwinan. Apabila Qabil melarikan diri ke luar negara, Dania diarahkan ibunya untuk menuju ke Wadi Safiyyah, sebuah pusat penempatan yang memberi bimbingan kepada gadis-gadis yang bermasalah. Di tempat itu, Dania bertemu dengan Ustaz Iqbal dan tanpa disedarinya, dia tertarik pada kebaikan akhlak Ustaz Iqbal, meskipun tidak menyedari bahawa dia adalah adik kepada Qabil.

         

Platform Online: iQIYI

         

*Tayangan ditangguh ke 2024.

         

Luruhnya Bunga Cinta Musim 2 (Slot Akasia TV3)

cerita melayu 29863

Kredit foto: Instagram Bella Hanna

       

Sinopsis akan dikemaskini

        

*Tayangan ditangguh ke 2024.

         

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik: 10 Drama Melayu Terbaru 2023 Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

          

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

          

Jadual terkini tayangan slot popular

Slot Akasia TV3 - setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam

Slot Lestary TV3 - setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam

Slot Samarinda TV3 - setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)