Oleh pada 15 May 2021 kategori

Kredit foto:  Instagram Drama Sangat

'Kekasih Hati Mr Bodyguard' merupakan sebuah drama televisyen Malaysia 2021 yang diadaptasikan daripada novel karya Ateen Khalid.

Drama bersiri yang dimuatkan di slot Lestary TV3 ini merupakan arahan sutradara Nizam Zakaria serta menampilkan barisan para pelakon seperti Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Ian Haziq, Shasha Abedul dan ramai lagi.

novel kekasih hati mr bodyguard

Kredit foto: Instagram Ateen Khalid

Sinopsis

Selepas Dato' Yusof kemalangan, dia mengarahkan anaknya, Hana Aralyn (Sharifah Rose) untuk mencari Hadif Akasyah (Redza Rosli) kerana lelaki itu dikatakan mengetahui punca kemalangannya.

Menurut apa yang diperkatakan, Aralyn menjejak alamat dinyatakan bapanya itu sebelum bertemu Hadif di Perak.

Aralyn bagaimanapun mendapati Hadif yang juga seorang pengembala kambing, merupakan seorang yang amat dingin dan sukar didekati. Dahulunya Hadif pernah berkhidmat sebagai seorang 'bodyguard'.

Mereka menjalinkan persahabatan, namun sering sahaja bertengkar setiap hari. Sehinggalah suatu ketika, mereka mula menyimpan perasaan sesama sendiri.

Ketika Aralyn didedahkan dengan satu rahsia yang selama ini dipendam Hadif, Aralyn sedar akan masa depan perhubungan mereka yang semakin samar.

Namun tidak dapat dinafikannya juga, kehadiran lelaki itu telah menjadi pelindung buatnya daripada gangguan musuh sekeliling.

Baca: 10 Fakta Pelakon Sharifah Rose Yang Ramai Tak Tahu!

sinopsis kekasih hati mr bodyguard

Kredit foto: Instagram Creative Skill Solution

  

Pelakon

Menampilkan gandingan Redza Rosli dan Sharifah Rose sebagai tunjang utama.

   

Turut dilakonkan Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Shasha Abedul, Sara Jasmin, Ezzanie Jasny, Ikhwan Khairudin, Lana Nordin, Lisdawati, Zarina Zainuddin, Munir, Karl, Aishah Atan dan Zuhairi Ibrahim.

Baca: Biodata Redza Rosli

Baca: Biodata Sharifah Rose

Baca: Biodata Ungku Hariz

Baca: Biodata Fadlan Hazim

Baca: Biodata Ian Haziq

Baca: Biodata Shasha Abedul

Baca: Biodata Zarina Zainuddin

kekasih hati mr bodyguard episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya produksi Creative Skill Solution yang menggunakan khidmat arahan Nizam Zakaria.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Khai Bahar, Aina Abdul – Nafas Cinta (Official Music Video)

   

Tajuk : Nafas Cinta

Penyanyi : Khai Bahar, Aina Abdul

Komposer : Khai Bahar, Aina Abdul

Penulis lirik : Aina Abdul, Wan Zakaria

      

pelakon kekasih hati mr bodyguard

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose

Waktu Siaran

Disiarkan selama 20 episod bermula 15 Mei 2021 di slot Lestary saluran TV3, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.

Kredit video: Di Sebalik Tabir Kekasih Hati Mr. Bodyguard

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Novel Kekasih Hati Mr Bodyguard




Hakcipta iluminasi.com (2017)