Oleh pada 14 Mar 2023 kategori

Menyaksikan drama Melayu sudah menjadi rutin sebahagian penonton terutamanya yang gemar melekat di depan kaca TV.

Tambahan pula, drama-drama Melayu kini mendapat perhatian meluas dan meraih sambutan hangat termasuk daripada penonton di luar negara.

     

tonton drama melayu 156

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Drama-drama saluran TV3 tidak dapat disangkal merupakan antara yang berpengaruh di Malaysia sehingga menjadi perbualan hangat penonton di media sosial.

   

Pada tahun 2023 ini, Iluminasi kongsikan senarai lapan drama Melayu TV3 yang menarik dan dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal dalam industri hiburan semasa, bagi para peminat menikmatinya.

   

8 Drama Malaysia Terkini (TV3) Berserta Sinopsis - Juga Tersedia Secara Online!

    

Melur Untuk Firdaus Musim 2 (Slot Akasia TV3)

drama sangat 774

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis - Kisah cinta Melur dan Firdaus kini terpaksa berdepan dengan badai yang kembali datang menghantui perkahwinan mereka dengan kemunculan Mawar. Meskipun pelbagai rintangan cuba menggugat cinta mereka, namun mereka berdua nekad untuk terus mempertahankan hubungan.

Platform online: Disney+ Hotstar

   

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Melur Untuk Firdaus Season 2

    

Serpihan Sayang (Slot Samarinda TV3)

drama 48

Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia

Sinopsis - Kehidupan tragis Nadia bermula dengan keguguran akibat kemalangan dan kini dia berdepan dengan penyakit postpartum psikosis. Nadia tinggal bersama suami dan adiknya, Alisa, namun kehadiran abang kandung suaminya, Imran, menyebabkan kehidupan mereka bertukar penuh misteri dan tragedi.

Platform online: iQIYI

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Serpihan Sayang

Kerasnya Takdir (Slot Akasia TV3)

drama tv3 984

Kredit foto: Instagram @azlansah_amaj

Sinopsis - Kisah Jeha yang berkahwin dengan Syed Munir. Namun, ibu mentuanya, Syarifah Aminah memandang rendah terhadap Jeha disebabkan oleh perbezaan darjat mereka. Selepas berkahwin, Syed Munir mengalami kelumpuhan yang menyebabkan Jeha bertanggungjawab untuk menyara keluarga mereka. Suatu fitnah menyebabkan Jeha dipisahkan daripada suami dan anaknya, Syarifah Saleha.

     

Platform online: Tonton

     

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kerasnya Takdir

     

Bukan Hanya Sekadar Cinta (Slot Akasia TV3)

drama melayu 2023 832

Kredit foto: Instagram Ismail Izzani

Sinopsis - Kamelia putus dengan Ilan Rafzal dan bertemu dengan Isa Rafael di Hong Kong. Isa Rafael seorang lelaki misteri yang bisu dan pekak, menjadi tempat untuk Kamelia mengadu dan menumpahkan perasaannya, walaupun mereka hanya bertukar buku nota sebagai perantaraan.

Sesuatu berlaku sehingga Kamelia terpaksa meninggalkan Isa Rafael tanpa notis dan tergesa-gesa pulang ke Malaysia. Tanpa Kamelia sedari, perkenalannya dengan Isa Rafael hanya berasaskan pembohongan kerana Isa Rafael sebenarnya tidak bisu atau pekak.

     

Platform online: iQIYI

     

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Hanya Sekadar Cinta

       

Bukan Puteri Lindungan Bulan (Slot Samarinda TV3)

drama melayu tv3 693

Kredit foto: Instagram Janna Nick

Sinopsis - Lara diperkosa oleh Zakuan lalu mengahwini Zafir, kekasihnya yang memahami dan penyayang terhadap dirinya. Namun kebahagiaan mereka terjejas apabila Tengku Farah, kekasih lama Zafir muncul semula dan meminta mereka supaya berpisah.

Platform online: iQIYI

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Puteri Lindungan Bulan

    

I Love You Mr Clown (Slot Lestary TV3)

drama best melayu

Kredit foto: Instagram Yuna Rahim

Sinopsis - Kisah seorang lepasan graduan yang bernama Nisa, mempunyai fobia yang teruk terhadap badut. Suatu hari, di pusat beli-belah, Nisa bertemu dengan seorang lelaki bertopeng badut bernama Fariz. Setelah Fariz berjaya menyelamatkan Nisa daripada situasi yang tidak diingini, Nisa mula mempunyai perasaan terhadapnya. Nisa memutuskan untuk mencari identiti sebenar lelaki misteri yang memakai topeng tersebut.

Platform online: Tonton

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod I Love You Mr Clown

Jaga Aku Selamanya (Slot Lestary TV3)

drama melayu online 792

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Sinopsis - Adakah sungguh kehidupan berkeluarga itu sesuatu yang indah? Yang melindungi pada akhirnya pergi, memerlukan sebuah pengorbanan sejati.

Kehidupan Maya sebagai isteri yang naif berubah sepenuhnya apabila suaminya, Syukri meninggalkannya bersama lima orang anak kecil mereka.

   

Platform online: Tonton

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jaga Aku Selamanya

    

Cik P.A Tuan Ash (Slot Lestary TV3)

drama melayu 2022 233

Kredit foto: Instagram Dini Schatzmann

         

Sinopsis - Tuan Ash, seorang yang berjaya dalam kerjaya, namun mengalami cabaran dalam mencari pasangan hidup untuk dijadikan isteri. Kerana kerap menghadapi kegagalan dalam usahanya untuk mengenali wanita, Tuan Ash memilih Husna sebagai pembantu peribadinya. Namun, apabila Husna terlalu sibuk menangani urusan cinta Tuan Ash sehingga dia mengabaikan kekasihnya, Sam, Husna membuat keputusan untuk meletak jawatan, menyebabkan timbulnya konflik.

        

Platform online: Tonton

         

Klik pada pautan yang berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang drama-drama Melayu terkini dan sinopsis >> Iluminasi Kategori Drama

Jadual terkini tayangan slot popular

Slot Akasia TV3 - setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam

Slot Lestary TV3 - setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam

Slot Samarinda TV3 - setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam




Hakcipta iluminasi.com (2017)