Oleh pada 02 Jun 2022 kategori

  

Sentuhan penulisan novel yang diadaptasi ke drama, masih kekal mendapat perhatian tinggi daripada penonton. Antara faktor terbesar fenomena ini adalah pemilihan novel yang memiliki pembaca yang ramai.

Kreativiti sesebuah produksi mengolah kisah novel juga memainkan peranan kejayaan sesebuah siri, selain bintang terkenal dan popular yang membintanginya.

Terdapat sebilangan besar adaptasi dari halaman novel ke skrin yang menarik, tetapi antara yang menonjol di atas semua yang lain, ialah:

  

10 Drama Adaptasi Novel Malaysia Terkini & Terbaik, Boleh Tonton Secara Online!

  

Bisik Bisik Gelora (Slot Akasia TV3)

drama 46

Kredit foto: Instagram Global Station Sdn Bhd

 

Hubungan Jad Izzuddin dan Banin Arumi bertembung dengan realiti pahit apabila mereka dinikahkan atas paksaan, selepas ditangkap basah.

Arumi lari dari kehidupan perkahwinannya apabila Jad dihukum penjara di hari pernikahan mereka.

Apabila Jad mencari Arumi selepas dibebaskan, Arumi mendapati bahawa dia terperangkap dalam tuntutan taat setia sebagai seorang isteri.

  

Platform online: Disney+ Hotstar

  

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bisik Bisik Gelora

  

Kerana Aku Isteri Bidaan (Slot Samarinda TV3)

drama malaysia

Kredit foto: Instagram Creative Skill Solution

   

Farel Zafeeq kecewa apabila isterinya, Raina Badrina melarikan diri dengan teman lelakinya, Aznor pada malam pertama perkahwinan mereka.

Raina memperdayakan Farel bagi mengelakkan diri dari satu aturan perkahwinan.

Suatu hari, Farel membida Raina yang terperangkap dalam dunia GRO selepas dijual oleh Aznor.

Tujuan Farel untuk membalas dendam terhadap Raina, namun perkara tidak berjalan seperti yang dirancang apabila dia terdetik untuk mengembalikan semula maruah Raina sebagai isterinya.

  

Platform online: iQiyi

  

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kerana Aku Isteri Bidaan

  

Setelah Terlafaznya Akad 2 (Slot Megadrama Astro Ria)

drama melayu 2022 114

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

  

Hanan dan Nawal kembali disatukan dalam lafaz akad kedua. Itulah takdir yang telah ditetapkan buat mereka, tidak dapat disangkal lagi bahawa jodoh mereka memang kuat.

Perangaipun hampir sama. Masing-masing kuat cemburu!

Tapi kalau cemburu sampai membuat perhubungan berantakan, bagaimana?

Kehadiran Khalil dan Cikgu Zaki pada Nawal membuatkan Hanan sangat tidak menyenangi hubungan tersebut.

Nawal pula tidak dapat mengawal emosi dan perasaan cemburunya dengan kehadiran Qaseh yang selalu dipuji oleh Hanan.

  

Platform online: Astro Go

  

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Setelah Terlafaznya Akad Musim 1

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Setelah Terlafaznya Akad Musim 2

  

Melur Untuk Firdaus (Slot Lestary TV3)

drama tv3 526

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

  

Apabila Firdaus Iskandar dipaksa oleh ibu bapanya untuk berkahwin dengan Melur, Melur meyakinkan Firdaus untuk memperisterikannya dengan meletakkan 7 syarat untuk Firdaus agar dia dapat meneruskan hubungan dengan kekasihnya, Dee.

Namun, sifat ego Firdaus terhadap Melur berubah tanpa diduga.

  

Platform online: Disney+ Hotstar

  

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Melur Untuk Firdaus

  

Aku Pilih Bahagia (Slot Widuri RTM TV1)

drama 2022

Kredit foto: Instagram Global Station Sdn Bhd

   

Impian Dhiya untuk hidup bahagia musnah dengan kehadiran Humaira dalam perhubungannya dengan suami, Aidan.

Dhiya dipersalahkan oleh Aidan kerana tidak mampu melahirkan anak selama tempoh perkahwinan mereka.

Bangkit selepas bercerai, Dhiya berhijrah ke sebuah tempat baharu. Demi melupakan kisah pahit masa silam, Dhiya mula mencari sinar dalam kehidupannya.

  

Platform online: RTM Klik, Saluran Youtube Radio Televisyen Malaysia

  

Saat Kau Takluk Cinta Ini (Slot Samarinda TV3)

drama melayu tv3

Kredit foto: Instagram Idris Khan

  

Haira berpura-pura jatuh hati pada Rahhal demi melunaskan hutangnya pada Fakhril.

Fakhril dan ibunya, Mak Long Nisah berniat jahat ingin memiliki tanah ladang milik ibu Rahhal, Hajah Jemiah.

Bagaimanapun, semakin Haira mendekati Rahhal, ia mengubah perasaannya terhadap jejaka itu.

Mahligai perkahwinan yang Haira bina bersama Rahhal diuji apabila Rahhal mendapat tahu tentang perjanjian yang dibuat Haira dengan Fakhril.

  

Platform online: iQiyi

  

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Saat Kau Takluk Cinta Ini

  

Bidadari Salju (Slot Akasia TV3)

drama online

iklan

Kredit foto: Instagram Adam Lee

  

Transformasi Kayra, seorang gadis hodoh kepada seorang yang cantik menawan membuatkan Hariz menyesal melihat perubahan terkininya.

Kayra pernah menjadi mangsa fitnah Hariz sewaktu zaman sekolah yang meragut maruah dan harga dirinya sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri.

Kini Hariz dihantui rasa berdosa berpanjangan. Manakala Kayra merasa takut untuk jatuh cinta dengan lelaki, namun seteru sepanjang zamannya itu adalah jodohnya.

  

Platform online: WeTV

  

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bidadari Salju

  

Jangan Menangis Cinta (Slot Megadrama Astro Ria)

drama melayu online 367

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Setelah bersatunya ikatan suami isteri Riyana dan Zafran Zahim dalam sebuah perkahwinan yang dirancang, pelbagai dugaan dan rintangan perlu ditempuhi Riyana dalam alam rumah tangga.

Dia menantu yang malang kerana dibenci oleh ibu mentua sendiri.

Nasib buruknya berterusan apabila melahirkan anak pertama, Cinta Aryana.

Cinta Aryana yang serba kekurangan telah meretakkan hubungannya dengan Zafran. Zafran berubah sikap menjadi seorang yang panas baran!

  

Platform online: Astro Go

  

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jangan Menangis Cinta

  

Akan datang...

  

Andai Itu Takdirnya

Perasaan cinta Syed Adam Aizril terhadap Aleya melebihi egonya sebagai seorang anak tokoh korporat yang ternama.

Sedangkan Aleya hanyalah seorang gadis yang berlatarbelakangkan keluarga sederhana.

Kebahagiaan yang dirasakan hak mereka kini dirampas oleh orang ketiga. Semuanya angkara sikap cemburu, amarah dan dendam Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril.

Salahkah Aleya memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

  

Platform online: Astro Go

  

Andai Itu Takdirnya 2

Kesetiaan Syed Aizril pada Aleya selepas lapan tahun hidup berumah tangga, terus diuji.

Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima kenyataan yang telah berlaku pada arwah anaknya. Hukuman penjara Faizal pula masih tidak dapat mengajarnya. Dia nekad mengganggu keharmonian hidup Syed Aizril dan Aleya.

Kebahagian Syed Aizril dan Aleya kini diragut oleh orang ketiga.

Sharifah Azreen datang dengan misi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Syed Aizril ingkar janjinya pada Aleya selepas pernah diberi kesempatan sebelum ini.

Apabila Syed Aizril ingin kembali bersama Aleya, terlalu sukar untuk Aleya melupakan segala luka dan derita yang telah diberikan lelaki itu.

  

Platform online: Astro Go

  



Hakcipta iluminasi.com (2017)