Oleh pada 09 Feb 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Suamiku Lelaki Pendosa adalah sebuah drama rantaian televisyen Malaysia terbitan tahun 2022 hasil adaptasi daripada novel 'Imamku Lelaki Pendosa' karya Umie Nadzimah.

  

Menggantikan siri Kau Cipta Kasih di slot Samarinda TV3, drama ini menggandingkan pelakon hebat, Aaron Aziz, Sophia Albarakbah dan Gambit Saifullah.

  

Episod 1 dijadualkan ke udara pada 9 Februari 2022.

  

sinopsis suamiku lelaki pendosa

Kredit foto: Instagram Aaron Aziz

  

Sinopsis

Selepas putus tunang, Cahaya Malaika (Sophia AlBarakbah) mendirikan rumah tangga dengan Dean Ilyas (Aaron Aziz) tanpa mengetahui dia hanya menjadi mangsa keadaan untuk menutup rahsia besar Dean...

  

Kisah bermula apabila Cahaya Malaika mendapat tahu Encik Firdaus (Fauzi Nawawi) yang dianggapnya sebagai bapa selama ini bukanlah orang tuanya yang sebenar.

  

Kesan daripada itu, pertunangannya dengan Nik Safri (Kael) diputuskan, malah dia menjadi mangsa hinaan sebagai anak tak sah taraf.

  

Maruahnya diselamatkan oleh Datin Junaidah (Maria Farida) yang beriya-iya ingin menjadikannya sebagai menantu.

  

Cahaya Malaika menyambut hasrat Datin Junaidah untuk mengahwini Dean Ilyas yang luarannya nampak sempurna dan memiiki segala-galanya.

  

Dean menerima Cahaya Malaika seadanya tanpa bertanya banyak akan kisah silam dan statusnya.

  

Namun apa yang Cahaya Malaika tidak sedari, Datin Junaidah mempunyai agenda tersendiri yang diselindungkan demi menyelamatkan maruah keluarga.

  

Cahaya Malaika hanya digunakannya untuk memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin (Gambit Saifullah) yang mana mereka mempunyai hubungan sejenis.

  

Cahaya Malaika nyaris meninggalkan Dean apabila tembelangnya pecah, namun Dean merayu agar hayat perkahwinan mereka dipertahankan. Cahaya Malaika kemudiannya tampil dengan syarat..

   

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Suamiku Lelaki Pendosa Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Sophia Albarakbah, Pelakon Drama Suamiku Lelaki Pendosa Yang Ramai Tak Tahu!

  

imamku lelaki pendosa

Kredit foto: Instagram Aaron Aziz

  

Pelakon / Cast

Diterajui oleh Aaron Aziz dan Sophia AlBarakbah.

  

Juga menampilkan Gambit Saifullah, Hafeez Mikail, Shima Anuar, Fiza Thomas, Ungku Hariz, Fauzi Nawawi, Maria Farida, Edika Yusof, Aleza Shadan, Betty Banafee, Anne Abdullah, Ieda Moin, Auni Zahra, Annie Mosha, Kael, Faez Malek dan Michael Lean.

  

Baca: Biodata Aaron Aziz

Baca: Biodata Sophia AlBarakbah

Baca: Biodata Gambit Saifullah

Baca: Biodata Hafeez Mikail

Baca: Biodata Shima Anuar

Baca: Biodata Fiza Thomas

Baca: Biodata Ungku Hariz

  

drama suamiku lelaki pendosa

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Watak Pelakon

Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas

Sophia AlBarakbah sebagai Cahaya Malaika

Gambit Saifullah sebagai Izfairin

Hafeez Mikail sebagai Hael Idris

Shima Anuar sebagai Anggun Dania

Fiza Thomas sebagai Maya

Fauzi Nawawi sebagai Firdaus

Maria Farida sebagai Datin Junaidah

Edika Yusof sebagai Dato Seri Afnan

Aleza Shadan sebagai Wahidah

Faez Malek sebagai Jerry

Annie Mosha sebagai Balqis

Kael sebagai Nik Safri

  

suamiku lelaki pendosa episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya produksi Global Station Sdn Bhd, arahan oleh sutradara Eyra Rahman. Nukilan skrip daripada penulis Siti Jasmina dan Ctna Marzuki.

  

Lagu Tema (OST)

Kredit video: HAZAMA FT. TUJU - FASA (VIDEO LIRIK OFFICIAL)

  

Tajuk: Fasa

Penyanyi: Hazama ft. Tuju K Clique

Komposer: Firdaus Rahmat, Fahimi Rahmat, Tuju

Penulis lirik: Firdaus Rahmat, Fahimi Rahmat, Tuju

     

pelakon suamiku lelaki pendosa

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Waktu Siaran

Disiarkan sebanyak 28 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di slot Samarinda, saluran TV3 bermula 9 Februari 2022.

  

Juga dimuatkan dalam kandungan platform penstriman, Disney+ Hotstar.

  

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

    

Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 1 - Kalau Bukan Dengan Balqis, Dengan Siapa? | Suamiku Lelaki Pendosa (2022)

  

Sumber:

1. Drama Sangat

2. TV3 Malaysia

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)