Oleh pada 16 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Pendedahan identiti sebenar penyanyi misteri yang membawa kepada reaksi artis jemputan dan para ahli panel penyiasat - itulah intipati program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) yang meletakkannya sebagai antara rancangan diminati ramai di kaca televisyen tempatan, tatkala ini.

Musim lalu mengumpul rating sebanyak 11.4 juta penonton untuk semua episod, berdasarkan kajian Nielsen Audience Measurement, termasuk 62.5 juta tontonan di saluran digital YouTube TV3 Malaysia dan YouTube TV9 Malaysia, menjadi penyebab mengapa program adaptasi game show dari Korea Selatan dengan judul sama ini diteruskan ke musim ketiga yang bakal memulakan siarannya pada malam ini.

Difahamkan, ujibakat ICSYVMY3 yang berlangsung pada Oktober lalu menyaksikan sambutan luar biasa dengan lebih 3,000 calon yang hadir.

    

i can see your voice malaysia 3

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Konsep Program

Para penyiasat diberi tugasan membantu artis untuk mengenal pasti gerangan penyamar yang merupakan penyanyi bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri yang ditampilkan.

Seorang artis jemputan dan dua penyiasat jemputan akan diundang ke studio ICSYVMY pada setiap episod.

Musim kali ini memperkenalkan 6 orang penyanyi misteri.

    

Baca: Biodata Penyanyi Layla Sania

       

i can see your voice malaysia 2020

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

     

Pengacara

Menggandingkan pasangan hos, Shuk Sahar dan Sean LJE.

    

Baca: Biodata Pelakon Sean LJE

      

Ahli Panel Penyiasat Suara Sumbang

Jihan Muse, Mark Adam dan Yusry KRU.

    

Baca: Biodata Pelawak Jihan Muse

        

Ahli Panel Penyiasat Suara Sumbang (Jemputan)

Mira Filzah, Ropie, Kamal Adli, Nabila Huda, Azad Jasmin, Eira Syazira dan Rozita Che Wan.

    

Baca: Biodata Pelakon Mira Filzah

Baca: Biodata Pelakon Kamal Adli

Baca: Biodata Pelakon Nabila Huda

Baca: Biodata Pelakon Eira Syazira

Baca: Biodata Pelakon Rozita Che Wan

    

Artis Jemputan

Sham Visa, Stacy, Ismail Izzani, Siti Nordiana, Erra Fazira, Datuk Hattan, Akim Ahmad, MK, Shila Amzah dan Sufian Suhaimi.

    

Baca: Biodata Penyanyi Sham Visa

Baca: Biodata Penyanyi Stacy

Baca: Biodata Penyanyi Ismail Izzani

Baca: Biodata Penyanyi Siti Nordiana

Baca: Biodata Pelakon Erra Fazira

Baca: Biodata Penyanyi Akim Ahmad

Baca: Biodata Penyanyi MK (K-Clique)

Baca: Biodata Penyanyi Shila Amzah

Baca: Biodata Penyanyi Sufian Suhaimi

    

pengacara i can see your voice malaysia

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Siaran

10 Episod

    

Waktu Tayangan

Mulai 16 Februari 2020, setiap Ahad, jam 9 malam di TV3. Juga di platform digital menerusi portal Tonton.

    

Kredit video: I Can See Your Voice Malaysia (Musim 3) Tampilkan Kelainan! | Melodi (2020)

    

Trivia

  • ICSYVMY musim pertama mula ke udara pada November 2018.
  • Musim sulung itu menyaksikan gandingan pengacaraan Alvin Chong dan Shuk Sahar, manakala musim kedua dan ketiga meletakkan Sean LJE dan Shuk sebagai hos.
  • Lebih 40 peratus perubahan akan dibawakan dalam format permainan musim ini berdasarkan perubahan game show di Korea Selatan itu.

    

Sumber berita:

1. Yusry KRU Sertai I Can See Your Voice Malaysia Musim Ke-3

2. 11.4 juta terpikat

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)