Oleh pada 21 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Astro Ceria

      

Ceria Megastar musim kedua merupakan sebuah pertandingan realiti yang menampilkan kepelbagaian bakat di kalangan bintang cilik. 

Dihoskan Nabil Ahmad dan Raja Azura, serta disiarkan mulai 29 Februari 2020 menerusi saluran Astro Ceria.

    

ceria megastar 2

Kredit foto: Instagram Astro Ceria

    

Konsep Program

Menampilkan persaingan antara bintang cilik yang mempertaruhkan kepelbagaian bakat untuk dinilai juri.

20 peserta dalam penyertaan secara berkumpulan serta solo, datang daripada pelbagai latar belakang yang mana ada yang pernah bersaing di peringkat antarabangsa, termasuk lahir daripada program terbitan Astro sendiri seperti Ceria Pop Star, i-Star, All Star dan Ministar.

Dua episod pertama bakal menyaksikan kesemua peserta berentap untuk menduduki senarai sepuluh peserta terbaik berdasarkan penilaian seratus peratus daripada juri profesional.

    

Baca: Biodata Penyanyi Erissa Puteri

    

peserta ceria megastar 2020

Kredit foto: Instagram Astro Ceria

    

Hadiah

Juara yang digelar ‘Megastar’ bakal menerima habuan wang tunai RM25,000.

Manakala kedudukan kedua dan ketiga masing-masing meraih wang tunai RM15,000 dan RM10,000.

Kesemua pemenang turut diberikan trofi sumbangan Astro.

    

Kriteria Pengadilan Juri

Aspek yang dinilai untuk pemarkahan adalah daripada sudut persembahan, kreativiti, penampilan dan faktor ‘wow’.

    

Pengacara

Menampilkan Nabil Ahmad, bersama kemunculan Raja Azura sebagai rakan hos buat julung kalinya.

    

ceria megastar musim 2

Kredit foto: Instagram Astro Ceria

     

Juri

Penyanyi Ernie Zakrie dan pelakon Zizan Razak memegang tanggungjawab sebagai juri tetap, termasuk juri jemputan yang diundang secara mingguan.

    

Penasihat Persembahan

Guru vokal Datuk Syafinaz Selamat, koreografer Alam Wakaka dan juara Ceria Megastar 2018, Chubb-E menjadi penasihat persiapan peserta menjelang konsert.

   

konsert ceria megastar 2020

Kredit foto: Instagram Astro Ceria

    

Pengarah Muzik

Masih mengekalkan khidmat komposer Datuk Acis yang bakal memimpin kumpulan pemuzik yang terlibat.

    

Waktu Siaran

Ke udara selama lapan minggu mulai 29 Februari 2020, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ceria, termasuk platform digital di aplikasi Astro GO dan On Demand.

    

Kredit video: Ceria Megastar 2020 | Official Lyric Video | Mulai 29 Feb 2020

    

Sumber:

1. Penuh dengan pembaharuan, 'Ceria Megastar' musim kedua kembali lagi

2. Human Kalkulator, Ahli Silap Mata Dan Pemain Drum Antara Bintang Ceria Megastar 2

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)