Biodata

1. Nama penuhnya, Rozita binti Abu Bakar. Mesra disapa Rozita Che Wan atau Che Ta.

2. Kelahiran Alor Setar, Kedah, Malaysia pada 9 Mac 1973. Kini berumur 46 tahun (2019).

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Selain pelakon, Che Ta memegang peranan sebagai model, ahli perniagaan dan pengacara.

5. Anak kedua daripada tujuh beradik. Adiknya, Ayu Raudhah juga merupakan pelakon.

6. Sebelum berkecimpung dalam arena seni, beliau berkhidmat sebagai pramugari selama tiga tahun di Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 1992. Seterusnya terbabit dalam bidang peragaan selama enam bulan.

7. Bekas peserta Dewi Remaja 1993/94 meskipun menarik diri di peringkat akhir kerana tuntutan kerja.

8. Ibu kepada dua cahaya mata lelaki, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, hasil perkongsian hidup dengan juruterbang MAS, Azuar Effendy Zulkaply pada 26 Ogos 1995, sebelum bercerai secara sah pada 8 Mei 2003.

9. Che Ta sebagai janda selepas itu dikaitkan bercinta dengan penyanyi Shahir Zawawi.

10. Selepas berdepan kegagalan dalam perkahwinan, beliau sekali lagi ke jinjang pelamin dengan pelakon Zain Saidin pada 13 Disember 2013 sebelum melahirkan bayi perempuan bernama Aaisyah Dhia Rania Zain pada 1 November 2014.

11. Pernah berlakon dalam filem Dunia Baru The Movie, Sifu dan Tongga, Jangan Tegur, 4 Madu, Kembar Siang, Misteri Dendam Balan Balan The Movie dan Adik Manja Returns.

12. Sementara itu, pembabitannya dalam drama menerusi Diari Ramadhan Rafique, Sesuci Cinta Sofiya, Jelatang, Manjalara, Susuk 2, Gerak Khas, Kiah Pekasam, Iparku Diva, Ummu Hani, Miss Octopus, Kak Marr dan Kisah Dari Mekah.

13. Juga telefilem Cinta Terhalang, Relung Kasih, Aku Bukan Buaya, Wasiat Fitrah, Cinta Si 3 Teruna, Rahsia Gambar, Masih Ada Harapan, Aku Janda Belum Kaya, Madu, Kiah Pi Jepun dan Oh Speak English Please .

Foto

biodata dan latar belakang pelakon rozita che wan 2

biodata dan latar belakang pelakon rozita che wan 3 440

biodata dan latar belakang pelakon rozita che wan 4

biodata dan latar belakang pelakon rozita che wan 5

biodata dan latar belakang pelakon rozita che wan 6

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

Video

Kredit video: Youtube Astro Awani

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)