Oleh pada 16 May 2021 kategori

i can see your voice malaysia 486

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

I Can See Your Voice Malaysia musim keempat (ICSYVM4) merupakan sebuah program televisyen 2021 yang diadaptasikan daripada rancangan hiburan Korea Selatan dengan judul sama.

Mengekalkan gandingan pengacara Shuk Sahar dan Sean Lee, ICSYVM4 bakal memeriahkan hujung minggu anda bermula 16 Mei 2021, ke udara setiap Ahad, jam 9 malam di saluran TV3.

Terdahulu, ICSYVM3 mendapat tontonan 3.1 juta secara purata yang mana catatan tertinggi adalah sebanyak 4.25 juta. Di platform digital pula mengumpul sejumlah 55.1 juta tontonan!

  

i can see your voice raya

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

Format

Masih menggunakan format yang hampir sama seperti musim lalu yang mana beberapa pusingan perlu dilalui para peserta sebelum layak ke pusingan akhir.

Dalam pusingan pertama, penyiasat (para panel) dan artis jemputan akan meneliti suara keenam-enam pemain misteri dalam video yang disiarkan selama tiga saat setiap satunya. Mereka kemudian akan meneka siapakah penyamar dengan menyingkirkan seorang daripada enam penyanyi berkenaan.

Pusingan kedua menyaksikan lima peserta yang tinggal, menyanyi menerusi kaedah lip-sync secara solo. Kelainan ditampilkan dalam pusingan ini kerana suara mereka akan diperdengarkan dua kali (dalam dua versi yang berbeza). Para penyiasat memainkan peranan untuk menyingkirkan dua lagi peserta.

Untuk pusingan berikutnya, tiga daripada kumpulan penyiasat dipanggil untuk mendengar suara asli para penyanyi yang berbaki, selama 30 saat. Dalam pada itu, mereka mempunyai 30 saat untuk meyakinkan dan mempertahankan penyanyi sebenar kepada artis jemputan. Artis jemputan pula diberi kuasa untuk menyingkirkan seorang lagi penyanyi misteri selepas segmen 'question and answer' (Q&A) bersama penyanyi-penyanyi berkenaan.

Pusingan akhir menyaksikan peserta misteri bakal membuat persembahan dengan bantuan penyiasat, manakala artis jemputan akan memilih salah seorang daripada mereka untuk berduet.

   

Hadiah

Jika penyanyi misteri itu adalah penyanyi sebenar, beliau akan bersaing dengan penyanyi lain bagi merebut hadiah lumayan yang disediakan.

Namun jika dia adalah penyanyi bersuara sumbang, beliau akan membawa pulang habuan berupa wang tunai RM3,000.

  

i can see your voice malaysia 2021

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

Pengacara

Dikemudikan pengacara Shuk Sahar dan Sean Lee.

  

Baca: Biodata Shuk Sahar

Baca: Biodata Sean Lee

  

i can see your voice malaysia musim 4

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

Ahli Panel Penyiasat Suara Sumbang

Panel penyiasat dibarisi Alif Satar, Jihan Muse dan Fad Bocey yang akan dibantu ahli panel penyiasat jemputan dan artis jemputan berlainan setiap minggu.

Antara penyanyi yang bakal membuat kemunculan untuk mengenal pasti penyanyi sebenar ialah Hafiz Suip, Yonnyboii, Aina Abdul, Amir Masdi, Fauziah Latiff, kumpulan Ruffedge, Amy Search dan ramai lagi.

     

Baca: Biodata Alif Satar

Baca: Biodata Jihan Muse

Baca: Biodata Fad Bocey

Baca: Biodata Hafiz Suip

Baca: Biodata Yonnyboii

Baca: Biodata Aina Abdul

Baca: Biodata Amir Masdi

   

i can see your voice malaysia season 4

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

Tempoh Siaran

Tayangan selama 11 episod.

  

Baca: Info Penuh Program All Together Now Malaysia (Astro) 2021 Musim 1

  

i can see your voice malaysia episod

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

Waktu Tayangan

Siaran mulai 16 Mei 2021 di saluran TV3 pada setiap hari Ahad, jam 9 malam. Juga tersedia di laman sesawang Tonton.

Episod pertama bersempena Hari Raya Aidilfitri akan diserikan dengan penampilan kumpulan Floor 88 sebagai artis jemputan.

  

Baca: Biodata Kumpulan Floor 88

Baca: Biodata Ayie Elham (Vokalis Floor 88)

Baca: Biodata Eric Fuzi (Pemain Keyboard Floor 88)

  

Sumber:

1. I Can See Your Voice Malaysia Musim Keempat Bermula 16 Mei, Episod Pertama Istimewa Edisi Raya

2. TV3 Malaysia

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)