Kredit foto: Instagram MK K-Clique

    

Kumpulan K-Clique merupakan sebuah nama yang telah mencipta fenomena baharu dalam dunia muzik Hip Hop semasa, selepas beberapa lagu mereka mendapat perhatian dan meraih jutaan tontonan di laman Youtube.

Antara lagu hits K-Clique termasuk Lane Lain Line, Sah Tu Satu, Licik, Mimpi dan Warna.

Di kalangan kesemua anggota kumpulan ini, tidak dinafikan MK antara yang acapkali menerima publisiti di muka media, serta menjadi buah mulut di kalangan peminat, khususnya wanita.

Jom berkenalan lebih rapat dengan bintang rap ini yang dikatakan sudah berjinak-jinak dengan muzik hip hop sejak zaman persekolahan lagi.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin bin Hamdan. Dikenali umum sebagai MK (K-Clique).

2. Nama panggilannya di kalangan rakan-rakan ialah Hairi dan Mat.

3. Berusia 23 tahun (2019).

4. Kelahiran Tawau, Sabah.

5. Kediamannya terletak di Tanjung Batu Tengah, Tawau.

6. Merupakan anak ketujuh daripada lapan orang adik-beradik. Mempunyai enam orang kakak dan seorang adik lelaki. Dua daripadanya telah meninggal dunia.

7. Berkelulusan dalam jurusan Pengajian Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kota Kinabalu, Sabah.

8. Menganggotai kumpulan K-Clique yang antara lain disertai tujuh lagi ahli iaitu Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemua mereka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

    

Fakta Menarik

  • 'MK' merupakan singkatan kepada namanya sendiri iaitu Muhammad, manakala K pula merujuk kepada nama ibunya, Kamariah.
  • MK bersama K-Clique mula bertapak daripada komuniti muzik ‘underground’.
  • Mengidolakan bintang hip hop ternama, kumpulan Too Phat.
  • Mula bergiat serius dalam bidang nyanyian selepas menamatkan pengajian di peringkat universiti.
  • Bercadang menetap di Kuala Lumpur sekiranya keadaan stabil dan mendapat kata sepakat daripada ahli K-Clique yang lain.
  • Dahulunya beliau merupakan penggemar sukan futsal dengan turut menubuhkan pasukannya sendiri dinamakan sebagai Whuutt FC.
  • Mempunyai personaliti yang santai, juga seorang yang pemalu.

      

Baca: Ini Keputusan SPM MK K-Clique Yang Buat Ramai Terkedu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Kumpulan K-Clique

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Tuju K-Clique

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Noki K-Clique

Baca: 5 Fakta Kumpulan K-Clique Yang Pasti Buat Anda Terkejut!

Baca: Rupanya Sabhi Saddi (One Nation Emcees) Dan Anggota K-Clique Ini Adik-Beradik!

Baca: Biodata FareedPF (K-Clique)

      

Foto

mk clique

mk k clique

mimpi k clique

biodata k clique

biodata mk

k clique

lirik mk

lagu k clique

instagram mk k clique

tuju k clique

Kredit foto: Instagram MK K-Clique

   

Video

Kredit video: K-Clique Beg 2 Back (Official MV)

   

Sumber:

1. Trek Selebriti

2. Nama Sebenar MK Kumpulan K-Clique Korang Mungkin Tak Tahu!

3. #GengPagiHot : Perjalanan Seni MK K-Clique

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)