Kredit foto: Instagram @jihanmuse

Biodata

1. Pemilik nama penuh Nur Jihan binti Musa. Popular dengan nama komersialnya, Jihan Muse.

2. Lahir pada 29 Ogos 1983 di Hulu Langat, Selangor, Malaysia.

3. Berketinggian 1.48 meter.

4. Berdarah keturunan Jawa, Riau, Minang dan Bugis.

5. Anak kedua daripada empat adik-beradik.

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

7. Kelahiran rancangan pencarian bakat, Raja Lawak Astro musim ketiga yang menobatkannya sebagai naib juara.

8. Bergelar pengacara, pelawak, pelakon dan model.

9. Memulakan karier seni sebagai pelakon teater di bawah Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani).

10. Pada awalnya, bidang seni hanya diceburinya secara sambilan kerana masih terikat dengan kontrak sebagai juruteknik bangunan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

11. Begitupun, namanya memuncak selepas penyertaan di Maharaja Lawak pada 2011, sebelum dilabel 'Ratu Parodi' susulan kemunculannya meniru gaya artis dalam segmen Parodi rancangan MeleTOP.

12. Sebagai pelakon, antara drama dibintanginya seperti Jongkang-Jongkit, Bujang Sepah The Series, Lawaking, Gelak Khas, Cintaku Sampai Ke Negeri China, Karoot Komedia, Joras & Stars dan Biniku Ninja.

13. Juga telefilem Buta Warna, Ram Pom Pom, Hantu Gigi, Patah Seribu, Jihan Tak Nak Balik Raya, Hantu Wefie, Salam Cinta Ustazah Husna, Putu Piring Vs. Putu Mayam dan banyak lagi.

14. Pembabitan di layar perak menerusi Adik Manja Returns, Mat Tudung, Rumah Pusaka Di Simpang Jalan, Rock Bro, Busker dan Hero The Movie.

15. Beberapa pertandingan bakat komedi yang pernah disertainya ialah Raja Lawak Musim 3, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega 2013, Super Spontan 2014, Maharaja Lawak Mega 2014 dan Super Spontan All Star.

16. Selaku hos, beliau memegang peranan mengemudikan pelbagai program hiburan popular termasuk Diari Akademi Fantasia, Gegar Vaganza, Aku Yang Masak Kau Yang Panas, Resepi Memikat Suami, Jejak Jepun Jihan, Ceria All Star, Anugerah MeleTOP Era, Jihan Show dan Senang Terhibur.

17. Pemegang trofi Artis Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, Pelakon Komedi TV Wanita Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015 dan Selebriti Komedi Pilihan Online di Anugerah Pilihan Online 2016.

18. Hubungan istimewanya dengan pelakon Ungku Hariz berakhir dengan ikatan perkahwinan pada 2016 dengan diserikan kehadiran cahaya mata lelaki, Ungku Arsalan Haq pada 2018.

Foto

biodata dan latar belakang pengacara jihan muse 2

biodata dan latar belakang pengacara jihan muse 3

biodata dan latar belakang pengacara jihan muse 4

biodata dan latar belakang pengacara jihan muse 5

biodata dan latar belakang pengacara jihan muse 6

Kredit foto: Instagram @jihanmuse

Video

Kredit video: Youtube Meletop

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Kosmo




Hakcipta iluminasi.com (2017)