Kredit foto: Instagram @seanlje

     

Daripada pencipta konten di laman Youtube, tiada siapa yang dapat menduga dirinya kini menjadi antara pelakon yang mencipta nama di layar kaca.

Memegang satu lagi watak baharu dalam drama rantaian Sweet Dreams, pelakon Sean Lee yang dimaksudkan ini dijangka bakal terus mendapat perhatian daripada peminat dunia hiburan.

Di sini kami kongsikan biodata dan beberapa fakta menarik mengenai jejaka berbangsa Cina ini.

      

Biodata

1. Nama penuhnya, Sean Lee Jia Ern.

2. Nama komersialnya, Sean Lee. Juga dikenali sebagai Sean LJE.

3. Kelahiran Subang Jaya, Selangor pada Subang Jaya, Selangor pada 17 Ogos 1994.

4. Kini berusia 25 tahun.

5. Pemegang Diploma dalam jurusan Seni Dan Persembahan daripada Kolej Sunway.

6. Berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2013 sebagai pelakon dan pengacara majlis.

7. Sebelum memulakan karier seninya, Sean adalah personaliti YouTube yang mula aktif mencipta kandungan sejak tahun 2013. Sehingga kini, salurannya yang dinamakan sebagai 'seanlje' sudahpun mengumpul lebih 39,000 pengikut.

8. Antara drama dibintanginya seperti Road To Ramlee, Keluarga Pontimau, My Coffee Prince, Bimbi & Bonni Misi 007, Sepasang Awan Putih dan Swwet Dreams.

9. Termasuk telefilem Biah Sport, Epok, Anak Mat Salleh Tapi Melayu dan Cinta Kucing Parsi.

10. Sebagai hos, beliau pernah mengemudikan program Travel Beat, Entinsiti dan Jom Dooit.

11. Juga membabitkan diri dalam dunia perniagaan menerusi Kafe Atap Rooftop yang diusahakan di Bandar Sunway, Selangor.

      

Fakta Menarik

  • Berperwatakan 'sempoi', lucu dan bersahaja.
  • Meminati bidang suntingan dan penerbitan video.
  • Meletakkan pelakon Zac Efron, penyanyi Justin Bieber dan pelawak Jihan Muse sebagai inspirasi.
  • Gemar melancong dan sehingga kini sudah mengembara ke Jepun, Korea, Macau, Australia, Finland dan banyak lagi, namun masih menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat (AS).

     

Foto

biodata sean lee pelakon drama sweet dreams 2

biodata sean lee pelakon drama sweet dreams 3

biodata sean lee pelakon drama sweet dreams 4

biodata sean lee pelakon drama sweet dreams 5

biodata sean lee pelakon drama sweet dreams 6

Kredit foto: Instagram @seanlje

    

Video

Kredit video: Youtube Astro Gempak

     

Sumber:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Utusan [1, 2]

4. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)