Biodata

Nama penuh: Sufian bin Haji Suhaimi

Nama pentas: Sufian Suhaimi

Tarikh lahir: 3 Mei 1992

Umur: 26 tahun

Kelahiran: Mersing, Johor

Pekerjaan: Penyanyi, pelakon dan pencipta lagu

Media sosial: Instagram @sufiansuhaimi_

Fakta Menarik

1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

2. Memperjuangkan muzik bergenre Pop, R&B, Balada dan Soul.

3. Bakatnya dalam bidang nyanyian menyerlah sejak di zaman kanak-kanak lagi.

4. Mula belajar bermain gitar sewaktu di sekolah menengah.

5. Kemudiannya beliau menganggotai band De’ Mahameru ketika masih menuntut di Universiti Sultan Abdul Idris (uniSZA) yang mana pada waktu itu, mereka menghasilkan banyak karya secara amatur.

6. Lulusan Ijazah Pendidikan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (KusZa) dan Ijazah Sarjana dalam jurusan Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

7. Pernah menjadi guru Bahasa Inggeris dan Matematik di SMK Mersing, Johor.

8. Mendapat kontrak rakaman bersama syarikat rakaman Aries Music Production pada bulan Disember 2015.

9. Mula dikenali menerusi single sulung berjudul Terakhir. Lagu gubahan dan senikata hasil tulisannya bersama Sirkhan dan Rinkarnaen itu juga berjaya menempatkan diri di Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL) yang berlangsung di Pusat Perdagangan Dunia Putra pada 22 Januari.

10. Lagu-lagu popular Sufian yang lain seperti Harus Aku, Terasa Ada dan Di Matamu.

11. Beliau juga aktif mencipta lagu. Antara karyanya seperti single Segalanya nyanyian Haqiem Rusli.

12. Tercalon dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Sensasi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017. 

13. Bertunang dengan aktres Elfira Loy pada 6 Oktober 2017, namun ikatan itu terputus pada Februari 2018.

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi sufian suhaimi 2

biodata dan latar belakang penyanyi sufian suhaimi 3

biodata dan latar belakang penyanyi sufian suhaimi 4

biodata dan latar belakang penyanyi sufian suhaimi 5

biodata dan latar belakang penyanyi sufian suhaimi 6

Video

Kredit:

1. Utusan

2. Utusan Borneo

3. Kosmo [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)