Biodata

Nama penuh: Siti Nordiana binti Alias

Nama popular: Siti Nordiana

Tarikh lahir: 22 November 1984

Umur: 34 tahun (2018)

Kelahiran: Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan

Pekerjaan: Penyanyi, pelakon, pengacara, pencipta lagu dan usahawan

Media sosial: Instagram @sitinordiana

    

Baca: Biodata Pelakon Faizal Yusof, Bekas Suami Siti Nordiana

Baca: Selain Rayyan Nakhaie, Inilah Wajah Seorang Lagi Anak Siti Nordiana Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Zoey Rahman

    

Fakta Menarik

1. Berdarah kacukan Melayu-Minang.

2. Mesra disapa Nana.

3. Diberi jolokan nama "The Finesse Queen of Leman" oleh para blogger Malaysia.

4. Berkebolehan menyampaikan pelbagai genre lagu iaitu Pop, R&B, Etnik Kreatif, Irama Malaysia, Pop Tradisional dan Balada. Bagaimanapun beliau lebih dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu pop Melayu dan tradisional.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1999 iaitu di usia 15 tahun.

6. Mempunyai lima buah album studio secara solo.

7. Antara lagu popularnya seperti Cinta Hanya Sandaran, Terpaut Sayang Padamu, Dalam Gerimis Hati Menangis, Zapin Pak Ngah Balik, Kasihmu Seakan Berubah, Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Bukan Niatku Merampas Cintanya, Tak Upaya Menangis Lagi, Seandai Kau Tak Mampu Berubah, Seribu Setia, Menggenggam Suratan, Satukanlah Cinta, Selamanya Cinta, Seribu Janji, Pesanan Teragung, Terus Mencintai dan Hatiku Milikmu.

8. Beliau juga sinonim dengan vokalis kumpulan Spin iaitu Achik di mana mereka yang pernah bernaung di bawah syarikat rakaman FMC telah menghasilkan dua buah album studio secara duet yang menampilkan deretan lagu hits malar segar sehingga ke hari ini. Antaranya Gurauan Berkasih, Restu, Memori Berkasih dan Resipi Berkasih.

9. Juga menghasilkan album duet pop tradisional bersama penyanyi Syura berjudul Firus menampilkan lagu-lagu hits seperti Bakawali, Habibah Maisara, Lafaz Asmara dan Ghazal Bulan Di Riba.

10. Beliau berkahwin dengan pelakon Mohd Faizal Yusup atau lebih dikenali sebagai Faizal Yusof. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie (kelahiran 21 Mac 2008). Begitupun, pasangan ini akhirnya bercerai pada 14 September 2009, seterusnya bekas suaminya itu meninggal dunia pada 1 Januari 2011 kerana serangan jantung. Sehingga kini, Nana masih memegang status ibu tunggal.

11. Populariti Nana yang merudum selama beberapa tahun akhirnya bangkit kembali selepas penyertaan beliau dalam program Gegar Vaganza musim kedua. Nana yang dinobatkan juara dalam rancangan realiti itu telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 sebagai ganjaran, selain merangkul trofi persembahan terbaik dengan wang kemenangan RM5000.

12. Pembabitan beliau sebagai pelakon antaranya menerusi drama Helah, Prahara, Dia Semanis Honey, Cekelat Semanis Honey, Klik! Pengantin Musim Salju dan Cekelat Honey.

13. Merangkul beberapa trofi anugerah besar seperti Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 dan Penyanyi MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2017.

14. Pada 30 Disember 2018, protege beliau dalam pertandingan realiti Mentor 7 iaitu Zaaim dinobatkan sebagai juara.

   

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Seorang Perempuan, Adaptasi Novel Kisah Hidup Siti Nordiana (TV9)

Baca: Biodata Penyanyi Lan Solo

Baca: Biodata Penyanyi Syura

   

Foto

biodata dan latar belakang siti nordiana 2

biodata dan latar belakang siti nordiana 3

biodata dan latar belakang siti nordiana 4

biodata dan latar belakang siti nordiana 5

biodata dan latar belakang siti nordiana 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Kosmo

4. Instagram Siti Nordiana




Hakcipta iluminasi.com (2017)