Kredit foto: Instagram @eirasyaziraofficial

       

Biodata

1. Nama penuhnya, Syazira binti Shuhaimi. Dikenali sebagai Eira Syazira.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 19 Julai 1984.

3. Berusia 35 tahun.

4. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

5. Anak kedua daripada enam adik-beradik.

6. Merupakan pelakon, model dan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2004.

7. Dua lagi adiknya iaitu Syafnida Shuhaimi dan Syainie Aida juga terlibat dalam bidang lakonan.

8. Antara drama dibintanginya seperti Assignment, Meniti Bara, Sembilu The Series, Gerak Khas, Sindarela dan Isteri-Isteri Ayah.

9. Termasuk telefilem Waris Walid, Mimi Amah Diva dan Dosa Terlindung.

10. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Bisikan Remaja, Ngangkung, Sini Ada Hantu dan Aku Bukan Tomboy.

11. Sebagai penyanyi, beliau yang mempertaruhkan genre Pop menjadikan ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid sebagai inspirasi. Selain tampil dengan single 'Istana Cinta', dia juga mempunyai sebuah album studio berjudul Di Hati Ini terbitan syarikat rakaman FGM pada Julai 2011.

12. Bagi memperkasakan bakat nyanyian, Eira mendapatkan bimbingan daripada guru vokal ternama, Siti Hajar Ismail menerusi kelas yang dianjurkan.

13. Pada April 2018, beliau yang beralih ke pasaran antarabangsa, akhirnya mendedahkan bakal berhijrah ke Indonesia bagi merealisasikan matlamat itu. Terkini, Eira yang mengikat kontrak selama lima tahun dengan syarikat pengurusan artis popular di Indonesia iaitu Positif Arts Entertainment, bakal mengadakan kerjasama dengan Wali Band menerusi sebuah lagu duet.

14. Sah bergelar isteri kepada pelakon Azad Jasmin pada 16 September 2011. Sehingga kini, mereka beroleh tiga orang cahaya mata berjantina perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, Ameisya Leanne Rose dan Areisya Suri Rose.

        

Baca: Biodata Azad Jasmin (Pak Azad), Suami Eira Syazira

   

Foto

biodata dan latar belakang pelakon eira syazira 2

biodata dan latar belakang pelakon eira syazira 3

biodata dan latar belakang pelakon eira syazira 4

biodata dan latar belakang pelakon eira syazira 5

biodata dan latar belakang pelakon eira syazira 6

biodata dan latar belakang pelakon eira syazira 7

Kredit foto: Instagram @eirasyaziraofficial

          

Video

Kredit video: Youtube Positif Art Music

       

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)